Namakan semula AirPods anda
Anda boleh menukar nama AirPods anda menggunakan iPhone, iPad, atau Mac anda. Apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada berbilang peranti, nama baharu dikemas kini merentas peranti.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin. Ketik butang nama semasa, masukkan nama baharu, kemudian ketik Selesai.
Pada Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik nama AirPods anda dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian masukkan nama baharu.