Mainkan bunyi latar belakang pada AirPods
Apabila anda menggunakan AirPods yang disokong dengan iPhone, iPad atau Mac, anda boleh memainkan bunyi latar belakang yang menenangkan—seperti laut atau hujan—untuk menyembunyikan bunyi persekitaran yang tidak diingini dan membantu meminimumkan gangguan perhatian supaya anda boleh fokus atau berehat.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Audio & Visual > Bunyi Latar Belakang, kemudian aktifkan Bunyi Latar Belakang.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian dalam bar sisi. Klik Audio, kemudian aktifkan Bunyi Latar Belakang.
Setkan mana-mana yang berikut:
Bunyi: Pilih bunyi; fail audio dimuat turun ke peranti anda.
Kelantangan: Seret gelangsar.
Gunakan Apabila Media Dimainkan: Laraskan kelantangan bunyi latar belakang apabila peranti anda memainkan muzik atau media lain.
Nyahaktfikan bunyi latar belakang apabila Mac anda tidak digunakan (Mac sahaja): Aktifkan atau nyahaktifkan seting.
Petua: Untuk melaraskan kelantangan dan mengaktifkan atau menyahaktifkan bunyi latar belakang dengan cepat pada iPhone atau iPad anda, gunakan Pendengaran dalam Pusat Kawalan. Untuk menambahkannya ke Pusat Kawalan, buka Pusat Kawalan, ketik di bahagian kiri atas, ketik Tambah Kawalan, kemudian ketik Pendengaran.