Sambungkan AirPods anda

Pakai AirPods anda, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

  • Pada iPhone atau iPad: Pergi ke Seting  > Bluetooth. Jika AirPods anda tidak disambungkan, ketik Tidak Disambungkan.

  • Pada Apple Watch: Pergi ke Seting  > Bluetooth. Jika AirPods anda tidak disambungkan, ketik Tidak Disambungkan.

  • Pada Mac: Pilih menu Apple  > Seting Sistem, kemudian klik Pusat Kawalan dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Di sebelah kanan, klik menu timbul bersebelahan Bluetooth , kemudian pilih Tunjukkan dalam Bar Menu. Dalam bar menu, klik Bluetooth kemudian pilih AirPods yang anda mahu sambungkan.

  • Pada Apple TV: Navigasi ke bawah untuk menunjukkan anak tetingkap info, pilih Audio, kemudian pilih AirPods anda dalam pilihan speaker di sebelah kanan.