Mainkan audio pada AirPods Pro (semua generasi)
Semasa anda memakai AirPods Pro (semua generasi), anda boleh menekan pada batang untuk memainkan, menjeda atau melangkau audio yang dimainkan pada iPhone, iPad, Apple Watch, Mac, atau Apple TV anda. Menggunakan kawalan Sentuh pada AirPods Pro (generasi ke-2), anda juga boleh melaraskan kelantangan.
Main dan jedakan audio
Pakai salah satu atau kedua-dua AirPods dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Buka app audio, kemudian mainkan sesuatu. Sebagai contoh, anda boleh memainkan lagu dalam Apple Music, atau mendengar buku audio dalam app Buku .
Untuk menjeda audio semasa mendengar dengan kedua-dua AirPods, keluarkan salah satu. Apabila anda mengembalikan AirPods ke telinga anda, main diteruskan secara automatik.
Nota: Anda juga boleh menekan batang untuk menjedakan audio. Tekan lagi untuk meneruskan main balik.
Hentikan audio
Keluarkan kedua-dua AirPods Pro daripada telinga anda, atau jika anda hanya memakai satu AirPods Pro, keluarkannya.
Langkau trek
Anda boleh menekan pada batang dua kali pada salah satu AirPods Pro anda untuk melangkau ke trek lain dalam kebanyakan app audio, seperti lagu seterusnya dalam Apple Music, atau episod sebelumnya dalam app Podcast .
Untuk melangkau ke lagu sebelumnya, tekan batang tiga kali.
Laraskan kelantangan pada AirPods Pro (generasi ke-2)
Dengan kawalan Sentuh, anda boleh meleret ke atas atau ke bawah dengan lembut pada batang untuk melaraskan kelantangan.
Jika anda tidak mahu mengawal kelantangan dengan meleret pada batang, anda boleh menyahaktifkan seting tersebut. Lihat Tukar seting sensor daya, kawalan Sentuh atau butang untuk AirPods.
Lindungi pendengaran anda
Anda boleh memantau dan mengehadkan kelantangan AirPods anda menggunakan iPhone atau iPad anda. Lihat Semak paras fon kepala anda dalam Panduan Pengguna iPhone.