Buat dan jawab panggilan dengan AirPods Pro (semua generasi)
Buat dan jawab panggilan
Pakai AirPods Pro anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Buat panggilan: Pada iPhone atau iPad (model Wi-Fi + Cellular), sebut “Hai Siri,” kemudian sebutkan sesuatu seperti “Telefon Eliza bimbit”. Pada iPad dengan Wi-Fi sahaja, sebutkan sesuatu seperti “Buat panggilan FaceTime”. Untuk mengaktifkan Siri apabila anda menekan dan menahan batang, lihat Tukar seting untuk AirPods Pro (semua generasi).
Anda juga boleh membuat panggilan pada peranti anda, seperti dalam app FaceTime atau app Telefon .
Jawab panggilan: Tekan batang sekali pada salah satu AirPods anda.
Nota: Jika anda mengaktifkan umumkan panggilan, anda juga boleh menjawab dan menolak panggilan menggunakan suara anda.
Tamatkan panggilan: Tekan dua kali batang pada salah satu AirPods anda.
Senyap atau nyahsenyap semasa dalam panggilan
Semasa dalam panggilan, tekan batang sekali pada salah satu AirPods anda.
Dalam sesetengah app, seperti FaceTime, anda akan mendengar bunyi dan melihat mesej memaklumkan anda sama ada mikrofon diaktifkan atau dinyahaktifkan.
Tolak panggilan masuk
Apabila AirPods Pro anda disambungkan ke iPhone, anda boleh menolak panggilan telefon yang masuk dan menghantarnya terus ke mel suara.
Apabila anda menerima panggilan masuk, tekan dua kali pada batang.
Jawab panggilan kedua
Apabila panggilan kedua masuk, tekan pada batang untuk menahan panggilan pertama dan menjawab panggilan baharu.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Untuk bertukar antara panggilan, tekan pada batang.
Untuk menamatkan panggilan semasa dan bertukar kepada panggilan yang ditahan, tekan dua kali pada batang.
Anda boleh bertukar kawalan untuk menamatkan panggilan dan senyap atau nyahsenyap. Lihat Tukar cara anda menamatkan panggilan atau menyenyapkan diri anda dengan AirPods Pro anda.