Tukar seting Perintah VoiceOver dalam Utiliti VoiceOver pada Mac
Gunakan kategori Perintah dalam Utiliti VoiceOver untuk menukar pengubah suai VoiceOver, aktifkan kaedah tambahan untuk mengawal VoiceOver (seperti kekunci Pad Angka, kekunci Option, gerak isyarat trackpad, Nav Cepat, atau paparan braille) dan sesuaikan perintah yang anda gunakan untuk mengawal VoiceOver dengan mana-mana daripada kaedah ini. Anda juga boleh bertukar antara menggunakan perintah VoiceOver yang anda telah sesuaikan dan set perintah lalai.
Untuk membuka Utiliti VoiceOver, tekan Command-F5 untuk mengaktifkan VoiceOver, kemudian tekan VO-Fn-F8.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda boleh tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock.
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Pengubah suai VoiceOver | Pilih kekunci pengubah suai untuk digunakan bagi memasukkan perintah VoiceOver. VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda boleh tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock. |
Kawal juga VoiceOver dengan |
|
Pilihan Trackpad |
|
Nav Cepat |
Lihat Gunakan VoiceOver Nav Cepat dalam app dan halaman web. |
Kekunci anak panah kiri dan kanan | Pilih perkara yang berlaku apabila anda menekan kekunci Anak Panah Kiri dan Anak Panah Kanan pada masa yang sama: Aktifkan atau nyahaktifkan Nav Cepat kekunci anak panah, aktifkan atau nyahaktifkan Nav Cepat kekunci tunggal, atau aktifkan atau nyahaktifkan kedua-dua Nav Cepat kekunci anak panah dan kekunci tunggal, atau jangan buat apa-apa. |
Semasa menogol Nav Cepat | Apabila anda mengaktifkan atau menyahaktifkan Nav Cepat, pilih untuk memainkan nada atau membolehkan VoiceOver bertutur. |
Set Perintah | Pilih untuk menggunakan set perintah terbina dalam untuk mengawal VoiceOver dengan papan kekunci atau trackpad anda, atau takrifkan perintah tersuai anda sendiri. Lihat Sesuaikan perintah kekunci dan gerak isyarat trackpad untuk VoiceOver. |
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)