Gunakan Kapsyen Langsung dengan paparan braille pada Mac
Jika anda menggunakan paparan braille dengan VoiceOver, anda boleh menggunakannya dengan Kapsyen Langsung untuk mendapatkan kapsyen masa nyata audio pertuturan—membenarkan anda mengikuti audio dalam sebarang app dengan mudah, seperti FaceTime atau Podcast dan dalam perbualan langsung di sekeliling anda. Audio diproses pada Mac anda.
Nota: Kapsyen Langsung hanya tersedia pada komputer Mac dengan Apple silicon dan tidak tersedia dalam semua bahasa, negara atau rantau. Ketepatan Kapsyen Langsung mungkin berbeza dan tidak seharusnya diharapkan dalam situasi berisiko tinggi atau kecemasan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kapsyen Langsung. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan Kapsyen Langsung.
Apabila VoiceOver aktif, tekan VO-Fn-F1-F1 untuk membuka Pemilih Aplikasi.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda boleh tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock.
Tekan kekunci Anak Panah Bawah atau Anak Panah Atas untuk menavigasi Dialog Sistem dalam menu, kemudian tekan bar Space.
Tekan kekunci Anak Panah Bawah atau Anak Panah Atas untuk menavigasi Kapsyen Langsung dalam menu, kemudian tekan bar Space. Kapsyen masa nyata ialah output kepada paparan braille yang anda gunakan dengan VoiceOver.
Dengan Kapsyen Langsung, anda boleh bertukar antara menjana kapsyen untuk audio daripada Mac anda dan bunyi yang dikesan oleh mikrofon komputer (seperti dalam perbualan bersemuka). Anda juga boleh menjadikan perkara yang anda taip dituturkan dengan lantang. Lihat Dapatkan kapsyen langsung audio dituturkan.
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)