Gunakan pembalutan kursor VoiceOver untuk menavigasi pada Mac
Apabila anda menggunakan pembalutan kursor, VoiceOver menganggap item dalam tetingkap atau lajur sebagai gelung berterusan untuk membuatnya lebih mudah dinavigasi.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda boleh tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock.
Pergi ke Utiliti VoiceOver (tekan VO-Fn-F8 apabila VoiceOver aktif).
Klik Navigasi, kemudian pilih “Benarkan pembalutan kursor”.
Untuk menggunakan pembalutan, lakukan mana-mana yang berikut:
Balut daripada item terakhir dalam tetingkap ke bahagian atas tetingkap: Tekan VO-Anak Panah Kanan.
Balut daripada item pertama dalam tetingkap ke bahagian bawah tetingkap: Tekan VO-Anak Panah Kiri.
Balut daripada item di bahagian bawah lajur (seperti senarai) ke item pertama dalam lajur seterusnya: Tekan VO-Anak Panah Bawah.
Balut daripada item di bahagian atas lajur (seperti senarai) ke item terakhir dalam lajur sebelumnya: Tekan VO-Anak Panah Atas.
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)