Gunakan Touch Bar dengan VoiceOver pada Mac
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda boleh menggunakan VoiceOver untuk memilih dan mengaktifkan item dalam Touch Bar dengan melaksanakan gerak isyarat terus pada Touch Bar. Jika anda telah menggunakan VoiceOver pada iPhone atau iPad, anda akan terbiasa dengan gerak isyarat.
Navigasi item: Luncurkan jari atau leret ke kanan atau kiri pada Touch Bar. VoiceOver mengumumkan dan menggariskan item yang sedang dipilih semasa anda bergerak sekitar Touch Bar. Apabila anda meluncur, VoiceOver juga memainkan kesan bunyi untuk menunjukkan ruang kosong.
Garis kasar di sekeliling item dalam Touch Bar adalah bebas daripada kursor VoiceOver pada item di skrin.
Pilih item: Ketik item sekali.
Aktifkan item yang dipilih: Dwiketik item.
Pilih dan aktifkan item: Ketik pisah—sentuh dan tahan item yang anda mahu pilih dengan satu jari, kemudian ketik di mana-mana pada Touch Bar dengan jari lain untuk mengaktifkan item.
Untuk sesetengah tindakan, seperti menyeret gelangsar untuk melaraskan kecerahan, kelantangan, atau julat tarikh dan masa, gerak isyarat dwiketik dan tahan adalah sangat membantu. Sebagai contoh, dwiketik dan tahan jari anda pada item dalam Touch Bar sehingga anda mendengar tiga nada menaik, kemudian tanpa mengangkat jari anda, seret untuk menggerakkan gelangsar.
Petua: Apabila VoiceOver aktif, anda boleh memasukkan perintah VoiceOver menggunakan kekunci Fn dan nombor dengan pengubah suai VoiceOver, sebagai alternatif menggunakan kekunci fungsi (F1 sehingga F12). Sebagai contoh, untuk membuka Utiliti VoiceOver, anda boleh menekan Control-Option-Fn-8 (berbanding Control-Option-F8).
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)