Edit memo suara pada Mac anda
Selepas anda mempunyai memo suara, anda mungkin mahu melakukan perubahan padanya. Ketahui cara untuk menggantikan bahagian rakaman, memotongnya dan banyak lagi.
Gantikan sebahagian memo suara
Jika anda mahu menggantikan sesetengah audio sedia ada, gunakan Ganti.
Dalam app Memo Suara pada Mac anda, pilih rakaman dalam bar sisi.
Klik butang Edit di penjuru kanan atas.
Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, anda juga boleh meleret ke kiri dengan dua jari pada rakaman dan memilih butang Lagi , kemudian pilih Edit Rakaman.
Seret garis menegak biru (penunjuk main) dalam gambaran keseluruhan ke kiri atau kanan. Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, anda juga boleh leret ke kiri atau kanan dengan dua jari dalam butiran bentuk gelombang untuk menempatkan penunjuk main.
Klik butang Ganti dan rakam audio baru.
Klik Selesai untuk menyimpan rakaman.
Sebagai alternatif, klik butang Jeda untuk menghentikan rakaman buat sementara waktu. Klik Teruskan untuk menyambung rakaman.
Potong memo suara
Jika anda mahu memadamkan sesetengah audio lebihan, gunakan Potong.
Dalam app Memo Suara pada Mac anda, pilih rakaman dalam bar sisi.
Klik butang Edit.
Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, anda juga boleh meleret ke kiri dengan dua jari pada rakaman dan memilih butang Lagi , kemudian pilih Edit Rakaman.
Klik butang Potong , kemudian seret pemegang potong kuning untuk mengesetkan julat untuk dipotong.
Klik butang Main untuk menyemak pengeditan anda, kemudian laraskan pemegang potong jika diperlukan.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Klik Potong untuk mengeluarkan semua di luar pemegang potong.
Klik Padam untuk mengeluarkan bunyi antara pemegang potong.
Klik Simpan untuk menyimpan rakaman.
Duplikasikan memo suara
Jika anda mempunyai rakaman yang anda mahu salin (sama ada untuk dibiarkan atau diedit), anda boleh duplikasinya.
Dalam app Memo Suara pada Mac anda, pilih rakaman di sebelah kiri.
Pilih Fail > Duplikasi.
Rakaman disalin dan muncul dalam bar sisi.
Namakan semula memo suara
Secara lalai, nama rakaman akan berdasarkan lokasi anda. Walau bagaimanapun, anda boleh menamakannya semula.
Dalam app Memo Suara pada Mac anda, pilih rakaman dalam bar sisi.
Klik nama dalam bar sisi, masukkan nama baru, kemudian tekan Return.
Untuk menjadikan nama rakaman anda lalai kepada nama generik (bukan berdasarkan lokasi), pilih Memo Suara > Keutamaan dan nyahtandakan “Penamaan berdasarkan lokasi.” Lihat Tukar keutamaan.