Mainkan memo suara pada Mac anda
Gunakan kawalan main balik Memo Suara untuk main, jeda, atau langkau ke hadapan atau ke belakang 15 saat dalam fail audio anda.
Dalam app Memo Suara pada Mac anda, pilih rakaman yang anda mahukan dalam bar sisi.
Petua: Anda juga boleh mencari nama rakaman. Masukkan teks dalam medan Carian, kemudian tekan Return.
Klik butang Main .
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Untuk memainkan audio daripada lokasi berbeza, seret garis menegak biru (penunjuk main) dalam gambaran keseluruhan bentuk gelombang ke kiri atau kanan. Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, anda juga boleh leret ke kiri atau kanan dengan dua jari dalam butiran bentuk gelombang.
Klik butang Putar Balik untuk kembali ke belakang (dalam peningkatan 15 saat) dalam main balik rakaman.
Klik butang Jeda untuk menghentikan main balik rakaman buat sementara waktu.
Klik butang Maju Pantas untuk melangkau ke hadapan (dalam peningkatan 15 saat) dalam main balik rakaman.
Petua: Anda juga boleh menekan bar Space untuk main, jeda dan terus memainkan rakaman.