
Pintasan dan gerak isyarat papan kekunci dalam Saham pada Mac
Dalam app Saham pada Mac, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci. Lihat pintasan di bawah, serta dalam menu Saham di bar Menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.
Tetingkap dan tab
Tindakan | Pintasan atau gerak isyarat | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tutup semua | Option-Shift-Command-W | ||||||||||
Tutup tab lain | Option-Command-W | ||||||||||
Tutup tetingkap atau tab | Command-W | ||||||||||
Tutup tetingkap dan semua tabnya | Shift-Command-W | ||||||||||
Alihkan fokus antara bar sisi, suapan berita dan medan carian | Tab atau Shift-Tab | ||||||||||
Tab baharu | Command-T | ||||||||||
Tetingkap baharu | Command-N | ||||||||||
Buka simbol pita atau berita dalam tab baharu | Command-klik | ||||||||||
Buka simbol pita atau berita dalam tab baharu dan jadikannya aktif | Shift-Command-klik | ||||||||||
Buka simbol pita atau berita dalam tetingkap baharu | Shift-Option-Command-klik | ||||||||||
Segar Semula | Command-R | ||||||||||
Tunjukkan semua tab | Shift-Command-\ | ||||||||||
Tunjukkan tab seterusnya | Control-Tab | ||||||||||
Tunjukkan tab sebelumnya | Control-Shift-Tab | ||||||||||
Tunjukkan atau sembunyikan bar sisi | Control-Command-S | ||||||||||
Keluar daripada Saham | Command-Q |
Senarai amatan dan bar sisi
Tindakan | Pintasan atau gerak isyarat | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tambah simbol dipilih ke Senarai Amatan | Shift-Command-L | ||||||||||
Urus Senarai Amatan | Option-Command-L | ||||||||||
Senarai Amatan Baharu | Option-Command-N | ||||||||||
Keluarkan simbol dipilih daripada senarai amatan | Padam | ||||||||||
Cari simbol pita | Option-Command-F | ||||||||||
Pilih item seterusnya dalam senarai amatan | Anak Panah Bawah | ||||||||||
Pilih item sebelumnya dalam senarai amatan | Anak Panah Atas | ||||||||||
Tunjukkan senarai amatan seterusnya | Control-Command-Anak Panah Kanan | ||||||||||
Tunjukkan senarai amatan sebelumnya | Control-Command-Anak Panah Kiri |
Berita
Tindakan | Pintasan atau gerak isyarat | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kembali | Command-[ | ||||||||||
Halaman bawah dalam cerita | Bar Space | ||||||||||
Halaman atas dalam cerita | Shift-Bar Space | ||||||||||
Simpan cerita ke News atau nyahsimpan cerita | Command-S | ||||||||||
Tunjukkan cerita seterusnya dalam suapan berita | Command-Anak Panah Kanan Pada Magic Mouse, leret kiri dengan satu jari Pada trackpad, leret kiri dengan dua jari | ||||||||||
Tunjukkan cerita sebelumnya dalam suapan berita | Command-Anak Panah Kiri Pada Magic Mouse, leret kanan dengan satu jari Pada trackpad, leret kanan dengan dua jari | ||||||||||
Jadikan teks lebih besar | Option-Command-Tambah (+) | ||||||||||
Jadikan teks lebih kecil | Option-Command-Tolak (-) | ||||||||||
Zum masuk | Command-Tambah (+) | ||||||||||
Zum keluar | Command-Tolak (-) | ||||||||||
Saiz sebenar | Shift-Command-0 |