![](https://help.apple.com/assets/61E880788519B43C7141185C/61E880798519B43C71411863/ms_MY/0bb7270754a9615f833d1630618135a8.png)
Pintasan dan gerak isyarat papan kekunci dalam Saham pada Mac
Dalam app Saham pada Mac, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci. Lihat pintasan di bawah, serta dalam menu Saham di bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.
Tindakan | Pintasan atau gerak isyarat | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tetingkap baru | Command-N | ||||||||||
Tutup tetingkap atau tab | Command-W | ||||||||||
Tab baru | Command-T | ||||||||||
Buka dalam tab baru | Command-klik | ||||||||||
Buka dalam tab baru dan jadikannya aktif | Shift-Command-klik | ||||||||||
Buka dalam tetingkap baru dan jadikannya aktif | Option-Shift-Command-klik | ||||||||||
Tunjukkan semua tab | Shift-Command-\ | ||||||||||
Tunjukkan tab seterusnya | Control-Tab | ||||||||||
Tunjukkan tab sebelumnya | Control-Shift-Tab | ||||||||||
Tutup tab lain | Option-Command-W | ||||||||||
Tutup tetingkap dan semua tabnya | Shift-Command-W | ||||||||||
Tutup semua | Option-Shift-Command-W | ||||||||||
Cari untuk menambah simbol | Option-Command-F | ||||||||||
Keluarkan simbol daripada senarai pemerhatian | Delete | ||||||||||
Simpan cerita ke News atau nyahsimpan cerita | Command-S | ||||||||||
Jadikan teks lebih besar | Option-Command-Tambah (+) | ||||||||||
Jadikan teks lebih kecil | Option-Command-Tolak (-) | ||||||||||
Saiz sebenar | Shift-Command-0 | ||||||||||
Zum masuk | Command-Tambah (+) | ||||||||||
Zum keluar | Command-Tolak (-) | ||||||||||
Kembali | Command-[ | ||||||||||
Halaman atas dalam cerita | Bar Space | ||||||||||
Halaman bawah dalam cerita | Shift-Bar Space | ||||||||||
Alihkan fokus daripada bar sisi kepada suapan berita | Tab | ||||||||||
Alihkan fokus daripada suapan berita kepada bar sisi | Shift-Tab | ||||||||||
Tunjukkan cerita seterusnya dalam suapan berita | Anak Panah Kanan Pada Magic Mouse, leret ke kiri dengan satu jari Pada trackpad, leret ke kiri dengan dua jari | ||||||||||
Tunjukkan cerita sebelumnya dalam suapan berita | Anak Panah Kiri Pada Magic Mouse, leret ke kanan dengan satu jari Pada trackpad, leret ke kanan dengan dua jari | ||||||||||
Buka cerita dipilih | Enter atau Return | ||||||||||
Pilih item seterusnya dalam bar sisi | Anak Panah Bawah | ||||||||||
Pilih item sebelumnya dalam bar sisi | Anak Panah Atas | ||||||||||
Tunjukkan atau sembunyikan bar sisi | Control-Command-S | ||||||||||
Segar Semula | Command-R | ||||||||||
Keluar daripada Saham | Command-Q |