Reset pengecam atau laporkan kebimbangan dalam Saham pada Mac
Apple News dan Saham menggunakan pengecam untuk melaporkan statistik kepada penerbit berita. Anda boleh reset pengecam pada bila-bila masa. Anda juga boleh melaporkan kebimbangan tentang berita.
Reset pengecam
Pergi ke app Saham pada Mac anda.
Pilih Saham > Reset Pengecam, kemudian klik Reset Pengecam.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengecam, pilih Bantuan > Perihal Saham & Privasi semasa menggunakan app Saham.
Laporkan kebimbangan
Jika anda percaya berita disalah label, tidak sesuai, menyinggung, atau tidak dipaparkan dengan betul, anda boleh melaporkannya.
Nota: Anda boleh melaporkan kebimbangan hanya di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Australia.
Pergi ke app Saham pada Mac anda.
Semasa melihat cerita, pilih Saham > Laporkan Kebimbangan.
Klik kategori di bawah pengepala “Apakah kebimbangan anda?” dan ikuti arahan atas skrin.
Klik Hantar.