Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Reset pengecam atau laporkan kebimbangan dalam Saham pada Mac
Reset pengecam
Apple News dan Saham menggunakan pengecam untuk melaporkan statistik kepada penerbit berita. Anda boleh reset pengecam pada bila-bila masa.
Dalam app Saham pada Mac anda, pilih Saham > Reset Pengecam.
Klik Reset Pengecam.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengecam, pilih Bantuan > Perihal Saham & Privasi semasa menggunakan app Saham.
Laporkan kebimbangan
Jika anda percaya berita disalah label, tidak sesuai, menyinggung, atau tidak dipaparkan dengan betul, anda boleh melaporkannya.
Semasa melihat cerita dalam app Saham pada Mac anda, pilih Saham > Laporkan Kebimbangan.
Klik kategori di bawah tajuk “Mengapa anda tidak mahu melihat ini?”
Jika anda mahu, anda boleh memasukkan maklumat tambahan tentang kebimbangan tersebut.
Klik Hantar.