Pencetus seting
Gunakan pencetus seting untuk menjalankan automasi apabila anda menukar seting pada peranti anda.
Pencetus Mod Pesawat mempunyai pilihan berikut:
Cetuskan automasi anda apabila anda mengaktifkan atau menyahaktifkan Mod Pesawat. Terdapat tiga pilihan: Diaktifkan, Dinyahaktifkan dan Diaktifkan atau Dinyahaktifkan (yang mencetuskan automasi anda apabila anda mengaktifkan mod Pesawat dan juga apabila anda menyahaktifkannya).
Pencetus Wi-Fi mempunyai satu pilihan:
Rangkaian: Ketik Pilih, kemudian pilih satu atau lebih rangkaian Wi-Fi. Apabila anda bersambung ke rangkaian dipilih, automasi anda dicetuskan. Anda juga boleh memilih Sebarang Rangkaian untuk melancarkan automasi anda pada bila-bila masa anda bersambung ke sebarang rangkaian Wi-Fi.
Pencetus Bluetooth mempunyai satu pilihan:
Peranti: Ketik Pilih, kemudian pilih satu atau lebih peranti Bluetooth. Apabila anda bersambung ke peranti dipilih, automasi anda dicetuskan. Anda juga boleh memilih Sebarang Peranti untuk melancarkan automasi anda pada bila-bila masa anda bersambung ke sebarang peranti Bluetooth.
Pencetus Jangan Ganggu mempunyai pilihan berikut:
Cetuskan Apabila Saya: Pilih Dayakan, Nyahdayakan dan Dayakan atau Nyahdayakan (yang mencetuskan automasi anda apabila anda mendayakan Jangan Ganggu dan juga apabila anda menyahdayakannya.)
Pencetus Mod Kuasa Rendah mempunyai pilihan berikut:
Cetuskan Apabila Saya: Mencetuskan automasi anda apabila anda mendayakan atau menyahdayakan Mod Kuasa Rendah. Terdapat tiga pilihan: Dayakan, Nyahdayakan dan Dayakan atau Nyahdayakan (yang mencetuskan automasi anda apabila anda mendayakan Mod Kuasa Rendah dan juga apabila anda menyahdayakannya.)
Pencetus NFC mempunyai satu pilihan:
Tag NFC: Mencetuskan automasi anda apabila anda mengimbas tag komunikasi berdekatan medan. Selepas anda mengimbas tag NFC daripada mula, anda boleh menamakannya untuk rujukan pada masa depan. Selain daripada pengecam unik, kandungan tag NFC diabaikan.
Nota: Bukan semua peranti menyokong NFC.
Pencetus Buka App mempunyai satu pilihan:
App: Ketik Pilih, kemudian pilih app daripada senarai. Apabila anda membuka app tersebut, automasi anda dicetuskan.