Jalankan pintasan daripada app Pintasan
Apabila anda membuka Pintasan, Pintasan Saya muncul, menyenaraikan semua pintasan yang anda telah cipta atau tambahkan daripada Galeri. Anda boleh menjalankan sebarang pintasan ini.
Dalam app Pintasan, lakukan salah satu yang berikut:
Dalam Pintasan Saya , ketik pintasan.
Dalam Pintasan Saya , ketik pada pintasan yang anda mahu jalankan, kemudian di bahagian bawah editor pintasan yang muncul (menunjukkan semua tindakan dalam pintasan), ketik .
Jika tindakan terakhir dalam jujukan menghasilkan pratonton kaya (seperti imej atau lokasi peta), tetingkap pratonton kecil muncul di bawah pintasan. Ketik untuk melihat kandungan dalam skrin penuh, atau ketik untuk menghantarnya ke tempat lain.
Pintasan melaksanakan setiap tindakan secara berturutan (dari atas ke bawah seperti yang disenaraikan dalam editor pintasan). Untuk membatalkan pintasan daripada Pintasan Saya, ketik . Untuk membatalkan pintasan daripada editor pintasan, ketik .