Menghuraikan JSON dalam Pintasan daripada permintaan API
Jika anda melihat tindak balas API Dark Sky, anda boleh lihat bahawa banyak data disimpan dalam JSON. Walaupun sukar dibaca pada mulanya, lama-kelamaan anda akan mula mengenali struktur dalam data JSON dan juga cara untuk mengenal pasti kamus, senarai, kunci dan nilai. Selalunya, pembangun menyertakan versi data JSON yang diformatkan dengan baik yang akan dikembalikan oleh API mereka, jadi perhatikan itu dalam dokumentasi mereka. Tambahan lagi, ia membantu untuk menyemak kerja anda menggunakan perkhidmatan seperti Editor JSON dalam talian.
Perhatikan bahawa objek paras tertinggi ialah kamus dengan kunci latitude
, longitude
, timezone
, currently
dan minutely
. Sesetengah kunci ini, seperti latitude
dan timezone
, hanya mengandungi nilai nombor atau teks, tetapi yang lain, seperti daily
, mempunyai nilai kamus.
Dan kamus daily
mengandungi beberapa kunci dengan nilai yang merupakan teks ringkas, seperti summary
, dengan Rain throughout the day
. Tetapi yang lain, seperti data
, adalah senarai yang mengandungi ramalan (diwakili oleh kamus) untuk setiap jam.