Pengenalan kepada automasi peribadi
Automasi peribadi menyediakan cara untuk menjalankan tindakan berdasarkan peristiwa seperti masa dalam hari, ketibaan di lokasi, atau pembukaan app. Pintasan biasa memerlukan anda menjalankannya daripada app Pintasan, widget Pintasan, atau helaian kongsi, sementara tindakan automasi peribadi menggunakan pencetus peristiwa, pencetus perjalanan, atau pencetus seting untuk dijalankan.
Selepas anda mencipta automasi peribadi baru, apabila peristiwa berlaku, anda akan menerima pemberitahuan yang meminta anda menjalankan automasi. Anda juga boleh mengedit automasi peribadi untuk berjalan tanpa diminta.
Automasi peribadi adalah khusus untuk peranti. Automasi akan disandarkan ke iCloud tetapi tidak akan diselaraskan dengan peranti lain.
Terima kasih atas maklum balas anda.