Di manakah kandungan iTunes pada Mac saya?
Dalam macOS 10.14 dan lebih awal, iTunes ialah app yang menyimpan semua media anda—muzik, video rumah, rancangan TV, filem, podcast dan buku audio. iTunes merupakan app untuk semuanya, termasuk menyandar dan menyelaraskan iPhone, iPad, atau iPod anda.
Dalam macOS Catalina dan macOS Big Sur, Mac anda mempunyai tiga app berdedikasi—Apple Music, Apple TV dan Apple Podcasts. Kandungan daripada pustaka iTunes anda telah dihijrahkan ke dalam setiap app ini supaya anda tidak tertinggal rentak. Untuk menyandarkan, memulihkan dan menyelaraskan kandungan anda, hanya sambungkan peranti anda ke Mac anda dan gunakan Finder. Atau, hanya daftar masuk dengan Apple ID yang sama pada semua peranti anda untuk menyelaraskan kandungan dengan lancar.
Di manakah saya menemui…
Podcast: Untuk melihat rancangan yang anda langgan dan memainkan episod tersedia, gunakan Apple Podcasts.
Muzik: Untuk mengakses pustaka muzik anda, Apple Music, atau iTunes Store, gunakan app Apple Music. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Panduan Pengguna Apple Music.
Filem dan rancangan TV: Untuk mencari video rumah yang anda muat turun serta filem dan rancangan TV yang anda muat turun, atau untuk menonton lebih banyak rancangan, gunakan app Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Panduan Pengguna App Apple TV.
Buku Audio: Untuk mencari buku audio yang anda muat turun, gunakan Apple Books. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Panduan Pengguna Apple Books.
Sandaran peranti: Untuk melihat sandaran iPhone, iPad, atau iPod anda, sambungkan peranti anda dan pergi ke Finder. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sandaran dan penyelarasan, lihat Gambaran keseluruhan untuk menyelaraskan Mac anda dan peranti anda.