Pintasan papan kekunci dalam Podcast pada Mac
Dalam app Podcast pada Mac anda, selesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan papan kekunci anda.
Umum
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Buka keutamaan Podcast | Command-Koma (,) |
Sembunyikan Podcast | Command-H |
Sembunyikan semua kecuali Podcast | Option-Command-H |
Keluar daripada Podcast | Command-Q |
Command-N | |
Tutup tetingkap Podcast | Command-W |
Masuk atau keluar paparan skrin penuh | Shift-Command-F |
Minimumkan tetingkap | Command-M |
Segar semula kemas kini suapan RSS | Command-R |
Cari pustaka anda atau semua podcast | Command-F |
Pergi ke halaman Tunjuk untuk podcast semasa | Command-L |
Apabila dalam senarai episod, pilih episod dalam senarai (Selepas anda memilih episod, Control-klik untuk melakukan perkara seperti keluarkan, simpan dan banyak lagi.) | Shift-Anak Panah Atas dan Shift-Anak Panah Bawah |
Main Balik
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Mula mainkan atau jeda episod yang dipilih | Bar Space |
Pergi ke episod seterusnya atau sebelumnya dalam baris gilir Main Seterusnya | Command–Anak Panah Kanan atau Command–Anak Panah Kiri |
Langkau ke depan atau ke belakang dalam episod yang dipilih | Shift–Command–Anak Panah Kanan atau Shift–Command–Anak Panah Kiri |
Tingkatkan kelantangan | Command-Anak Panah Atas |
Kurangkan kelantangan | Command-Anak Panah Bawah |