Sembunyikan foto daripada penglihatan dalam Foto pada Mac
Dalam Foto pada Mac, anda boleh menyembunyikan foto yang anda tidak mahu paparkan. Foto tersembunyi kekal dalam pustaka anda dan anda boleh mendedahkannya kemudian apabila anda mahukan.
Sembunyikan foto daripada penglihatan buat sementara waktu
Dalam app Foto pada Mac anda, klik Pustaka dalam bar sisi.
Pilih satu foto atau beberapa foto yang anda mahu sembunyikan, pilih Imej > Sembunyikan [bilangan] Foto, kemudian klik Sembunyikan.
Foto yang dipilih hilang daripada pandangan tetapi tidak dipadam.
Tunjukkan foto yang anda telah sembunyikan
Dalam app Foto pada Mac anda, klik Pustaka dalam bar sisi.
Pilih Paparan > Tunjukkan Album Foto Tersembunyi.
Album Tersembunyi muncul dalam bar sisi. Jika album Tersembunyi dikunci, gunakan Touch ID atau masukkan kata laluan anda untuk membuka kuncinya. Untuk melihat album Tersembunyi, pilih Paparan > Tunjukkan Album Foto Tersembunyi.
Pilih foto yang anda mahu paparkan, kemudian pilih Imej > Nyahsembunyi [nombor] Foto.
Bagi mengesetkan album Tersembunyi untuk memerlukan kata laluan atau Touch ID untuk membuka kuncinya, lihat seting Foto.