Mainkan Live Photos dalam Foto pada Mac
Dengan sesetengah model iPhone, anda boleh menangkap Live Photos, yang menangkap imej pegun dan video pendek yang menunjukkan detik sebelum dan selepas imej itu.
Lencana Live Photo berubah untuk menunjukkan yang Live Photo ialah foto mod Potret atau disetkan ke Gelung, Lantun atau Pendedahan Panjang. Lihat Papar tajuk, metadata lain dan lencana.
Dalam app Foto pada Mac anda, dwiklik imej kecil Live Photo untuk melihatnya secara individu, kemudian tempatkan penuding di atas lencana Live Photo ( atau jika ia adalah Live Photo dalam mod Potret).
Jika anda dwiklik Live Photo yang disetkan ke Gelung, Lantun, atau Pendedahan Panjang, Live Photo dimainkan serta-merta.
Untuk mendapatkan maklumat tentang mengedit Live Photo atau menukarnya kepada imej pegun, lihat Tukar Live Photo.