Tambah, keluarkan dan edit foto dalam album dikongsi dalam Foto pada Mac
Anda boleh tambah, keluarkan dan kemas kini foto serta klip video dalam album yang anda kongsikan.
Tambah item ke album dikongsi
Dalam app Foto pada Mac anda, klik album dikongsi di bawah Album Dikongsi dalam bar sisi.
Klik “Tambah foto dan video.”
Pilih foto, klip video dan Live Photos yang anda ingin, kemudian klik Tambah.
Pelanggan album dikongsi anda boleh mainkan video dalam Live Photos. Untuk berkongsi Live Photos sebagai imej pegun sahaja, lihat tugas seterusnya.
Tambah item daripada hari atau bulan ke album dikongsi
Dalam app Foto pada Mac anda, pilih foto, klip video, atau Live Photos yang anda mahu.
Klik butang Kongsi dalam bar alat, kemudian pilih Album Dikongsi.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Tambah komen: Taip komen dalam kotak komen.
Kongsi Live Photos: Untuk membenarkan penonton memainkan Live Photo, tandakan kotak semak Live Photo. Nyahpilih kotak semak Live Photo untuk berkongsi Live Photo sebagai imej pegun sahaja.
Tambah foto dipilih ke album dikongsi sedia ada: Klik nama album dikongsi.
Tambah foto dipilih ke album dikongsi baharu: Klik Album Dikongsi Baharu, masukkan nama album, klik butang Tambah dan jemput orang untuk melihat album dikongsi anda, masukkan komen jika anda mahu, kemudian klik Cipta.
Keluarkan item daripada album dikongsi
Dalam app Foto pada Mac anda, klik album dikongsi di bawah Album Dikongsi dalam bar sisi.
Pilih item yang anda ingin keluarkan, tekan Delete, kemudian klik Padam.
Foto mengeluarkan item dari album dikongsi, tetapi meninggalkan item asal dalam pustaka anda.
Penting: Jika anda memadamkan foto atau video yang orang lain tambahkan ke album dikongsi, anda tidak akan mempunyai salinannya dalam pustaka anda. Jika anda mahu menyimpan item tersebut, muat turunnya daripada album dikongsi sebelum memadamkannya.
Edit foto dalam album dikongsi oleh orang lain
Untuk edit foto atau video dalam album seseorang yang dikongsi dengan anda, mula-mula anda mesti import foto ke dalam pustaka anda. Anda kemudian boleh mengeditnya seperti sebarang foto lain. Edit yang anda buat kepada foto dalam pustaka anda tidak mengubah foto asal dalam album dikongsi.
Dalam app Foto pada Mac anda, klik album dikongsi di bawah Album Dikongsi dalam bar sisi.
Navigasi ke foto yang anda ingin edit, dwikliknya, kemudian klik Edit.
Klik Import.
Klik Edit.
Buat perubahan kepada foto, kemudian klik Selesai.
Foto diedit anda muncul dalam album Import dan dalam hari dalam paparan Foto. Untuk memindahkan foto diedit ke album lain, pilihnya, pilih Imej > Tambah ke, kemudian cipta album baharu atau tempatkan foto dalam album sedia ada. Untuk menambah foto diedit ke album dikongsi lagi, klik Dikongsi dalam bar alat, buka album dikongsi, kemudian klik “Tambah foto dan video.”