Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Ketahui lanjut tentang foto menggunakan Pencarian Visual dalam Foto pada Mac
Dalam macOS 12 atau lebih baharu, anda boleh mengetahui lanjut tentang mercu tanda popular, seni, tumbuhan, bunga, haiwan peliharaan dan objek lain yang kelihatan dalam foto anda.
Dalam app Foto pada Mac anda, buka foto, kemudian klik butang Info dalam bar alat.
Jika ikon Pencarian Visual kelihatan pada foto, kliknya.
Tetingkap Pencarian Visual kelihatan.
Anda juga boleh menyalin dan menampal maklumat dalam tetingkap Pencarian Visual ke dalam tetingkap Info atau di tempat lain.