![](https://help.apple.com/assets/65382CE37BB3E2BCF80ADABA/65382CE57BB3E2BCF80ADAC0/ms_MY/f1e225cbd2d09efe77ff8d1f7aaecc6d.png)
Bermula dengan Foto pada Mac
Gunakan Foto pada Mac anda untuk melayari dan menyusun koleksi foto anda serta mencari, menyempurnakan dan berkongsi syot terbaik anda. Begini caranya untuk bermula.
![iPhone, MacBook dan iPad menunjukkan foto yang sama pada skrin.](https://help.apple.com/assets/65382CE37BB3E2BCF80ADABA/65382CE57BB3E2BCF80ADAC0/ms_MY/097a99e58a2126f3995b2df780360d3b.png)
Bawa foto ke Mac anda dari iCloud
Jika anda menggunakan iCloud, aktifkan Foto iCloud pada Mac, iPhone dan iPad anda untuk melihat semua foto anda pada semua peranti anda. Dalam app Foto pada Mac anda, pilih Foto > Seting, klik iCloud, kemudian pilih Foto iCloud.
![App Foto dengan iPhone dipilih dalam bar sisi dan tetingkap Import dibuka.](https://help.apple.com/assets/65382CE37BB3E2BCF80ADABA/65382CE57BB3E2BCF80ADAC0/ms_MY/48ce8c9353b58238756a99f84e27a6dc.png)
Import foto
Anda juga boleh mengimport foto daripada iPhone, iPad atau kamera. Dengan Foto dibuka pada Mac anda, sambungkan peranti atau kamera anda dan aktifkannya. Jika anda mengimport daripada kamera, setkannya untuk memuat turun foto. Klik peranti dalam bar sisi, klik foto yang anda mahu import, kemudian klik Import [X] Dipilih.
![Tetingkap utama Foto menunjukkan Pustaka dipilih dalam bar sisi di sebelah kiri, foto disusun mengikut hari di sebelah kanan, serta butang Tahun, Bulan, Hari dan Semua Foto dalam bar alat di bahagian atas.](https://help.apple.com/assets/65382CE37BB3E2BCF80ADABA/65382CE57BB3E2BCF80ADAC0/ms_MY/83c454dbb7e832d0a4ca95a105dcdd6f.png)
Layari foto anda
Untuk melayari foto anda mengikut masa ia diambil, klik Pustaka dalam bar sisi, kemudian klik Tahun, Bulan atau Hari dalam bar alat—atau klik Semua Foto untuk melayari seluruh koleksi anda. Untuk melihat foto orang khusus atau yang diambil di lokasi khusus, klik Orang atau Tempat dalam bar sisi.
![Foto dalam paparan pengeditan, dengan Pangkas dipilih dalam bar alat dan alat pemangkasan serta pelarasan di sebelah kanan.](https://help.apple.com/assets/65382CE37BB3E2BCF80ADABA/65382CE57BB3E2BCF80ADAC0/ms_MY/be75c5242791593dc659398d6b9cfae9.png)
Pangkas dan luruskan foto
Pangkas foto untuk mengeluarkan kawasan yang tidak diingini, atau luruskan syot yang diambil pada sudut. Klik dua kali foto, klik Edit dalam bar alat, kemudian klik Pangkas. Seret segi empat tepat pilihan untuk kurung kawasan yang anda mahu simpan. Seret gelangsar Luruskan untuk melaraskan sudut foto.
![Foto dalam paparan pengeditan, dengan Laras dipilih dalam bar alat dan alat pelarasan di sebelah kanan.](https://help.apple.com/assets/65382CE37BB3E2BCF80ADABA/65382CE57BB3E2BCF80ADAC0/ms_MY/896f3e5528f3973130b04de52bf44e3f.png)
Tingkatkan rupa foto
Cerahkan foto, laraskan warna dengan cepat dan banyak lagi. Klik dua kali foto, kemudian klik Edit dalam bar alat. Klik anak panah di sebelah Cahaya atau Warna, kemudian seret gelangsar untuk mendapatkan rupa yang anda mahukan—atau klik Auto di atas gelangsar dan biarkan Foto melakukannya untuk anda.
![App Foto dengan Album Saya dipilih dalam bar sisi.](https://help.apple.com/assets/65382CE37BB3E2BCF80ADABA/65382CE57BB3E2BCF80ADAC0/ms_MY/462a8e14fb7686f20738c369f47e4273.png)
Atur foto dalam album
Cipta album untuk menyusun foto anda dengan cara anda. Pilih Fail > Album Baharu, taipkan nama untuk album, kemudian tekan Return. Untuk menambah foto ke album, klik Pustaka dalam bar sisi, kemudian seret foto ke album baharu dalam bar sisi.
Mahu mengetahui lebih lanjut?