Gunakan VoiceOver untuk mencipta dokumen Pages pada Mac
Ada boleh mencipta dokumen Pages pada Mac anda menggunakan VoiceOver, pembaca skrin lanjutan yang membenarkan anda menggunakan peranti anda tanpa melihat skrin. Mula dengan templat yang telah direka bentuk yang menyertakan data, carta dan imej ruang letak, kemudian tambah kandungan anda sendiri. Setiap templat menggunakan fon, gaya teks dan warna yang dikoordinasikan untuk rupa bersepadu.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver.
Pilih templat
Anda boleh memilih templat daripada beberapa kategori, seperti surat, laporan dan buku. Contohnya, untuk mencipta risalah bagi mengiklankan peristiwa khas, anda mungkin memilih Poster Peristiwa Kecil dalam kategori Risalah & Poster. Anda pilih templat dalam pemilih templat.
Dalam Pages pada Mac anda, tekan VO-M untuk melompat ke bar menu, navigasi ke Fail > Baharu, kemudian tekan Return.
Pemilih templat dibuka.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih daripada semua templat: Tekan VO-Anak Panah Kiri untuk menavigasi ke koleksi pemilih templat, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk memasukkannya.
Pilih templat mengikut kategori, seperti Laporan dan Resume: Tekan VO-Anak Panah Kiri untuk menavigasi ke jadual kategori templat, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk memasukkannya. Tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk menskrol menerusi senarai kategori sehingga anda mendengar kategori yang anda mahu, kemudian tekan VO-J untuk melompat ke templat dalam kategori.
Untuk menavigasi menerusi pilihan templat, tekan sebarang kekunci anak panah, kemudian tekan Kembali untuk memilih satu.
Tambah teks anda sendiri
Templat dokumen menyertakan teks ruang letak untuk tajuk, pengepala, teks isi dan elemen teks lain. Anda boleh menggantikan sebarang teks ruang letak dengan teks ruang letak anda sendiri dalam kawasan tataletak dokumen.
Dengan dokumen terbuka dalam Pages pada Mac anda, tekan VO-U untuk membuka rotor.
Tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan sehingga anda mendengar “Tempat Tetingkap,” kemudian tekan kekunci Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar “kandungan - Kawasan tataletak dokumen”.
Untuk memilih kawasan tataletak dokumen, tekan Return, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk memasukkannya.
Untuk menskrol pada halaman dengan teks yang anda mahu gantikan, tekan VO-Anak Panah Atas atau VO-Anak Panah Bawah, kemudian tekan VO-Shift Anak Panah Bawah untuk memasukkanya.
Tekan VO-Anak Panah Kanan atau VO-Anak Panah Kiri sehingga anda mendengar teks yang anda mahu edit (sebagai contoh, Pengepala atau Isi), kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah.
Jika kumpulan teks mempunyai berbilang garis, tekan VO-Anak Panah Atas atau VO-Anak Panah Bawah untuk menskrol menerusi garis.
Untuk memilih teks dalam kursor VoiceOver, tekan VO-Shift-A.
Taip untuk menambahkan teks anda sendiri.
Jika anda mahu mengedit lebih teks dalam kumpulan yang sama, tekan VO dengan sebarang kekunci anak panah untuk menavigasi kepadanya. Jika anda mahu mengedit kumpulan teks berlainan, tekan VO-Shift-Anak Panah Atas, kemudian tekan VO-Anak Panah Kanan atau VO-Anak Panah Kiri untuk menavigasi padanya.
Teks gaya
Templat menggunakan fon, gaya teks dan warna yang dikoordinasikan, tetapi anda boleh menukar rupa teks anda dalam kawasan tataletak dokumen.
Jika anda menggunakan templat daripada kategori Asas, seperti Kosong atau Landskap Kosong, anda boleh mengeset fon dan saiz fon lalai untuk semua dokumen baharu. Lihat Setkan fon dan saiz fon lalai untuk templat Asas.
Dengan dokumen terbuka dalam Pages pada Mac anda, tekan VO-U untuk membuka rotor.
Tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan sehingga anda mendengar “Tempat Tetingkap,” kemudian tekan kekunci Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar “kandungan - Kawasan tataletak dokumen”.
Untuk memilih kawasan tataletak dokumen, tekan Return, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk memasukkannya.
Untuk menskrol pada halaman dengan teks yang anda mahu gayakan, tekan VO-Anak Panah Atas atau VO-Anak Panah Bawah, kemudian tekan VO-Shift Anak Panah Bawah untuk memasukkannya.
Tekan VO-Anak Panah Kanan atau VO-Anak Panah Kiri sehingga anda mendengar teks yang anda mahu gayakan, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah.
Untuk memilih teks dalam kursor VoiceOver, tekan VO-Shift Anak Panah Bawah, kemudian tekan VO-Shift-A.
Untuk memilih sesetengah teks sahaja, tekan dan tahan Shift-Option sambil anda menekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan. Teks pada sebelah kiri atau kanan titik sisipan dipilih.
Tekan VO-J untuk melompat ke tab Teks bar sisi Format.
Nota: Sebaliknya, jika anda melompat ke bar sisi lain, anda boleh menavigasi ke bar sisi Format menggunakan bar alat. Daripada lokasi semasa anda, tekan VO-Shift-Anak Panah Atas, kemudian tekan VO-Anak Panah Kiri untuk menavigasi ke bar alat. Untuk masukkan bar alat, tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah, kemudian tekan VO-Anak Panah Kanan untuk menavigasi ke butang Format. Tekan VO-Space untuk memilihnya, kemudian tekan VO-J dua kali untuk melompat ke tab Teks.
Jika anda melompat ke tab lain dalam bar sisi Format, tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan untuk menavigasi ke tab Teks, kemudian tekan VO-Space untuk memilihnya.
Untuk menukar gaya perenggan, tekan VO-Anak Panah Bawah untuk menavigasi ke butang Gaya perenggan, kemudian tekan VO-Space. Tekan VO-Anak Panah Kanan untuk menavigasi ke jadual Gaya Perenggan, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk memasukkannya. Tekan VO-Anak Panah Bawah sehingga anda dengar gaya yang anda mahu, kemudian tekan VO-Space untuk memilihnya.
Anda boleh menukar seting teks lain dalam kawasan skrol Pemformat Teks. Tekan VO-Anak Panah Bawah untuk menavigasi ke butang Gaya, kemudian tekan VO-Space untuk memilihnya. Tekan VO-Anak Panah Bawah untuk menavigasi kawasan skrol Pemformat Teks, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk memasukkannya. Tukar mana-mana daripada berikut:
Fon: Tekan VO-Anak Panah Bawah untuk menavigasi ke butang keluarga Fon, kemudian tekan VO-Space. Tekan kekunci Anak Panah Atas atau Anak Panah Bawah sehingga anda dengar fon yang anda mahu, kemudian tekan VO-Space untuk memilihnya.
Saiz fon: Tekan VO-Anak Panah Kanan untuk menavigasi ke medan teks saiz Fon, kemudian taip saiz fon baharu.
Gaya fon (tebal, italik, bergaris bawah dan seterusnya): Tekan VO-Anak Panah Bawah untuk menavigasi ke kumpulan Gaya Fon, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk memasukkannya. Tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan untuk menavigasi gaya fon, kemudian tekan VO-Space untuk memilih yang anda mahukan.
Untuk memilih pilihan seperti potong atau garis kasar, navigasi ke pilihan lanjutan, kemudian tekan VO-Space.
Warna teks: Tekan VO-Anak Panah Kanan untuk menavigasi ke Pemilih praset isian, kemudian tekan VO-Space. Tekan VO dengan sebarang kekunci anak panah sehingga anda dengar warna yang anda mahu, kemudian tekan VO-Space untuk memilihnya.
Untuk mengetahui tentang pilihan warna lanjutan, lihat Isikan bentuk dan kotak teks dengan warna atau imej.
Penjajaran: Tekan VO-Anak Panah Bawah untuk menavigasi ke kumpulan penjajaran Mendatar, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk memasukkannya. Tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan untuk menavigasi pilihan penjajaran, kemudian tekan VO-Space untuk memilih satu.
Untuk mengetahui tentang menjajarkan teks, lihat Jajarkan dan imbangkan teks.
Jarak: Tekan VO-Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar “Jarak” (pastikan anak panah pendedahan dikembangkan). Tekan VO-Anak Panah Kanan untuk menavigasi ke butang Jarak baris, kemudian tekan VO-Space. Tekan kekunci Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar pilihan jarak yang anda mahu, kemudian tekan Return untuk memilihnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jarak, lihat Setkan jarak baris.
Pemformatan senarai: Tekan VO-Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar “Bulet dan senarai”. Tekan VO-Anak Panah Kanan untuk menavigasi ke butang Gaya Perenggan, kemudian tekan VO-Space. Tekan VO-Anak Panah Kanan untuk menavigasi ke senarai gaya senarai, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah. Tekan VO-Anak Panah Bawah sehingga anda dengar senarai gaya yang anda mahu, kemudian tekan VO-Space untuk memilihnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemformatan senarai, lihat Senarai format.
Tekan VO-J untuk melompat balik ke teks dalam kawasan tataletak dokumen.
Tambah media anda sendiri
Anda boleh menggantikan ruang letak media dalam templat untuk menambah imej dan video anda sendiri. Anda boleh lakukan ini dalam kawasan tataletak dokumen.
Dengan dokumen terbuka dalam Pages pada Mac anda, tekan VO-U untuk membuka rotor.
Tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan sehingga anda mendengar “Tempat Tetingkap,” kemudian tekan kekunci Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar “kandungan - Kawasan tataletak dokumen”.
Untuk memilih kawasan tataletak dokumen, tekan Return, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk memasukkannya.
Untuk menskrol ke halaman dengan imej yang anda mahu gantikan, tekan VO-Anak Panah Atas atau VO-Anak Panah Bawah, kemudian tekan VO-Anak Panah Bawah untuk memasukkanya.
Tekan VO-Anak Panah Kanan atau VO-Anak Panah Kiri sehingga anda mendengar nama imej yang anda mahu gantikan.
Tekan VO-Shift-M untuk membuka menu pintasan, kemudian tekan kekunci Anak Panah Bawah sehingga anda dengar “Gantikan Imej”. Tekan Return.
Dalam menu Foto, navigasi ke imej atau video yang anda mahu tambah, kemudian tekan VO-Space untuk memilihnya.
Imej kelihatan pada halaman di tempat imej sebelumnya berada.
Anda juga boleh memasukkan bentuk anda sendiri dan objek lain memilih menu Masukkan dalam bar alat.
Untuk menambah perihalan kebolehcapaian pada imej, lukisan dan video anda (yang dibaca oleh VoiceOver dan teknologi bantu lain), lihat Tambah perihalan imej, Tambah perihalan lukisan, atau Tambah perihalan video.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pintasan papan kekunci, lihat Gunakan pintasan papan kekunci.