Tambah video dan audio dalam Pages pada Mac
Anda boleh menambah video dan audio pada dokumen, atau menggantikan ruang letak media dengan video.
Nota: Fail audio dan video mesti dalam format yang disokong oleh QuickTime pada Mac anda. Jika anda tidak boleh menambah atau memainkan fail video atau audio, cuba gunakan iMovie, QuickTime Player, atau Compressor untuk menukar fail kepada fail QuickTime (dengan sambungan nama fail .mov) untuk video, atau fail MPEG-4 (dengan sambungan nama fail .m4a) untuk audio.
Anda juga boleh merakam audio dan menambahkannya ke dokumen anda.
Tambah video atau audio
Lakukan salah satu daripada berikut:
Seret fail media daripada komputer anda ke ruang letak media atau mana-mana tempat lain pada halaman.
Untuk menambahkan video, klik dalam bar alat, pilih Foto atau Video, kemudian seret fail video ke ruang letak media atau di sebarang tempat lain pada halaman.
Untuk menambahkan audio, klik dalam bar alat, pilih Muzik, kemudian seret fail audio ke ruang letak media atau di sebarang tempat lain pada halaman.
Klik butang Main pada media untuk memainkannya dalam dokumen.
Tambah video daripada web
Anda boleh menambah pautan daripada YouTube dan Vimeo supaya video dimainkan terus dalam dokumen anda.
Penting: Ciri ini mungkin tidak tersedia di semua rantau.
Klik dalam bar alat, kemudian pilih Video Web.
Taip atau tampal pautan ke video, kemudian klik Masukkan.
Untuk memainkan video web dalam dokumen anda, klik butang Main .
Nota: Anda mesti bersambung ke internet untuk memainkan video daripada web.
Apabila anda menampal pautan video disokong ke dalam dokumen anda, ia dimasukkan sebagai video web secara lalai. Untuk menukar seting ini, pilih Pages > Seting (daripada menu Pages di bahagian atas skrin anda), kemudian nyahpilih kotak semak bersebelahan “Tampal pautan YouTube dan Vimeo sebagai video web”.
Gantikan video atau audio
Klik untuk memilih video atau audio pada halaman.
Dalam bar sisi Format , klik tab Filem, Audio, atau Video Web.
Klik Gantikan.
Pilih fail video atau audio, kemudian klik Buka.
Jika anda menggantikan video web, masukkan pautan ke video baharu, kemudian pilih Ganti.
Tambah perihalan video
Anda boleh menambah perihalan pada video dalam dokumen anda yang anda tambah daripada peranti anda, iCloud, atau perkhidmatan lain. Perihalan video dibaca dengan teknologi bantu (sebagai contoh, VoiceOver) apabila seseorang menggunakan teknologi tersebut untuk mengakses dokumen anda. Perihalan video tidak boleh dilihat di mana-mana dalam dokumen anda.
Klik video untuk memilihnya, kemudian, dalam bar sisi Format , klik tab Filem.
Klik kotak teks Perihalan, kemudian masukkan teks anda.
Jika anda mengeksport dokumen anda sebagai PDF, perihalan video masih boleh dibaca oleh teknologi bantu. Lihat Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain dalam Pages pada Mac.
Untuk menambah perihalan pada imej atau lukisan, lihat Tambah perihalan imej atau Tambah perihalan lukisan.
Tambah perihalan audio
Anda boleh menambah perihalan pada mana-mana audio dalam dokumen anda. Perihalan audio dibaca oleh teknologi bantu apabila seseorang menggunakan teknologi tersebut untuk mengakses dokumen anda. Perihalan audio tidak boleh dilihat di mana-mana dalam dokumen anda.
Klik audio untuk memilihnya, kemudian, dalam bar sisi Format , klik tab Audio.
Klik kotak teks Perihalan, kemudian masukkan teks anda.
Jika anda mengeksport dokumen anda sebagai PDF, perihalan audio masih boleh dibaca oleh teknologi bantu. Lihat Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain dalam Pages pada Mac.
Untuk menambah perihalan pada imej, lukisan, atau video, lihat Tambah perihalan imej, Tambah perihalan lukisan atau Tambah perihalan video.
Anda boleh mengesetkan Pages untuk mengoptimumkan format dan kualiti filem serta imej yang anda tambah ke dokumen.
Untuk mengeset gelung video atau audio, melaraskan kelantangan main balik, atau membuat pengeditan lain pada media anda, lihat Edit video dan audio.