Salin dan tampal teks dalam Pages pada Mac
Untuk menggunakan semula teks dengan cepat, salinnya ke dalam satu lokasi dan tampalnya ke lokasi lain.
Pergi ke app Pages pada Mac anda.
Buka dokumen, kemudian pilih teks yang anda mahu salin.
Pilih Edit > Salin (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda) atau tekan Command-C.
Nota: Jika anda mahu mengeluarkan teks daripada lokasi asalnya, pilih Edit > Potong.
Klik di tempat yang anda mahukan teks kelihatan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Tampal teks dengan pemformatan semasanya ke dalam perenggan baharu: Pilih Edit > Tampal, atau tekan Command-V pada papan kekunci.
Tampal dan padankan gaya teks di tempat yang anda tampal: Pilih Edit > Tampal dan Padankan Gaya.
Anda boleh juga menyalin dan menampal objek seperti bentuk, kotak teks dan imej.