Jemput orang lain untuk bekerjasama dalam Pages pada Mac
Anda boleh menjemput orang lain untuk bekerjasama dengan anda pada dokumen pada masa nyata dengan menghantar mereka pautan kepadanya. Semua orang yang bekerjasama pada dokumen boleh membuat perubahan semasa ia dibuat.
Secara lalai, hanya orang yang anda jemput untuk bekerjasama pada dokumen dan yang mendaftar masuk ke Akaun Apple boleh membuka dan membuat perubahan kepadanya. Walau bagaimanapun, anda boleh menukar keistimewaan akses supaya sesiapa sahaja dengan pautan boleh membukanya (tanpa Akaun Apple), atau menukar keistimewaan pengeditan supaya orang boleh melihat tetapi tidak boleh mengedit dokumen.
Selepas anda berkongsi dokumen, anda boleh menjemput lebih ramai orang untuk menyertai dokumen pada bila-bila masa. Cara anda menjemput orang bergantung pada jenis keistimewaan akses yang dipilih (sama ada orang yang dijemput perlu mendaftar masuk ke Akaun Apple atau tidak).
Petua: Jika dokumen dilindungi oleh kata laluan, untuk tujuan keselamatan jangan menghantar kata laluan dengan pautan.
Jemput orang untuk bekerjasama
Untuk menjemput orang lain untuk bekerjasama pada dokumen, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda, anda telah menyediakan Pages untuk menggunakan iCloud Drive dan dokumen yang anda mahu kongsikan disimpan dalam iCloud Drive.
Pergi ke app Pages pada Mac anda.
Dengan dokumen terbuka, klik dalam bar alat.
Jika Bekerjasama tidak kelihatan dalam menu timbul di bahagian atas, klik menu timbul, kemudian pilih Bekerjasama.
Untuk menukar orang yang boleh mengakses dokumen, klik anak panah pendedahan di bawah Bekerjasama, klik menu timbul “Orang yang boleh mengakses”, kemudian pilih pilihan (jika anda tidak melihat pilihan ini, pastikan dokumen disimpan dalam iCloud):
Hanya orang dijemput: Hanya orang yang anda jemput dan mendaftar masuk ke Akaun Apple mereka boleh membuka dokumen. Orang tidak perlu mempunyai Akaun Apple sebelum anda menjemput mereka; tetapi mereka perlu menciptanya sebelum mereka boleh membuka pembentangan dikongsi anda.
Jika anda menjemput seseorang menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang tidak dikaitkan dengan Akaun Apple, mereka tidak dapat menerima jemputan sehingga mereka menambah alamat e-mel atau nombor telefon ke Akaun Apple mereka. Arahan disediakan apabila mereka ketik atau klik pautan dalam jemputan.
Sesiapa dengan pautan: Sesiapa dengan pautan ke dokumen dikongsi boleh mengetik atau mengklik pautan untuk membuka dokumen.
Untuk menukar orang yang boleh membuat perubahan pada dokumen, klik menu timbul Keizinan, kemudian pilih pilihan:
Boleh membuat perubahan: Orang boleh mengedit, mencetak dan memuat turun dokumen dikongsi.
Lihat sahaja: Orang boleh melihat, mencetak dan memuat turun dokumen dikongsi tetapi tidak boleh mengeditnya. Mereka tidak boleh membalas atau memadamkan komen dalam senarai aktiviti dan apabila mereka menyertai dokumen, tiada pemberitahuan kelihatan.
Nota: Jika anda setkan akses kepada “Hanya orang dijemput” (dalam langkah sebelumnya), anda boleh menukar seting keizinan individu selepas anda berkongsinya.
Jika anda tidak mahu semua peserta dapat menjemput orang lain, nyahpilih kotak semak bersebelahan “Benarkan orang lain menjemput”.
Kotak semak ini hanya kelihatan jika anda mengeset kepada “Hanya orang dijemput” dalam langkah 3 di atas.
Pilih kaedah untuk menghantar jemputan untuk bekerjasama (jika dokumen tidak disimpan dalam iCloud Drive, anda digesa untuk mengalihkannya di sini):
Mail atau Mesej: Taipkan alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap penerima, tambahkan nota jika anda mahu, kemudian klik Hantar (untuk Mail) atau tekan Enter (untuk Mesej). Pautan kepada fail dihantar ke setiap penerima.
Nota: Untuk berkongsi pautan kepada fail dalam app Nota, pilih atau taipkan nama penerima, klik Kongsi Pautan, pilih nota di tempat anda mahu menyimpannya (atau cipta yang baharu), tambah teks jika anda mahu, kemudian klik Simpan.
Jemput dengan Pautan: Salin pautan fail, supaya anda boleh menghantar atau menyiarkannya menggunakan sebarang perkhidmatan internet yang telah disediakan pada Mac anda. Taip alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap penerima, kemudian klik Kongsi Pautan. Buka app yang anda mahu gunakan untuk berkongsi pautan, klik tempat anda mahu menampal pautan, kemudian pilih Edit > Tampal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda), atau tekan Command-V pada papan kekunci.
Penting: Pautan ke dokumen yang dicipta apabila anda menjemput peserta menyertakan tajuk dokumen. Jika tajuk atau kandungan dokumen adalah sulit, pastikan meminta penerima agar tidak memajukan pautan kepada orang lain.
Selepas anda berkongsi dokumen, kotak semak kelihatan pada butang Kerjasama untuk menunjukkan bahawa dokumen dikongsi.
Jemput lebih ramai orang untuk mendaftar masuk ke dokumen
Jika anda ialah pemilik dokumen yang aksesnya disetkan kepada “Hanya orang dijemput”, atau jika pemilik dokumen dikongsi memberikan keizinan kepada anda untuk menambah orang, anda boleh menjemput lebih ramai orang untuk menyertai dokumen menggunakan Akaun Apple mereka.
Nota: Jika akses pembentangan disetkan kepada “Sesiapa sahaja dengan pautan”, ikuti arahan dalam tugas seterusnya, Hantar pautan kepada lebih ramai orang (Akaun Apple tidak diperlukan).
Pergi ke app Pages pada Mac anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih Fail > Urus Dokumen Dikongsi (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda).
Klik dalam bar alat, kemudian klik Urus Dokumen Dikongsi.
Dalam iCloud Drive, Control-klik fail, kemudian pilih Urus Dokumen Dikongsi.
Klik Kongsi dengan Lebih Ramai Orang, kemudian pilih kaedah bagi menghantar jemputan untuk bekerjasama:
Mail atau Mesej: Taipkan alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap penerima, tambahkan nota jika anda mahu, kemudian klik Hantar (untuk Mail) atau tekan Enter (untuk Mesej). Pautan kepada fail dihantar ke setiap penerima.
Nota: Untuk berkongsi pautan kepada fail dalam app Nota, pilih atau taipkan nama penerima, klik Kongsi Pautan, pilih nota di tempat anda mahu menyimpannya (atau cipta yang baharu), tambah teks jika anda mahu, kemudian klik Simpan.
Jemput dengan Pautan: Salin pautan fail, supaya anda boleh menghantar atau menyiarkannya menggunakan sebarang perkhidmatan internet yang telah disediakan pada Mac anda. Taip alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap penerima, kemudian klik Kongsi Pautan. Buka app yang anda mahu gunakan untuk berkongsi pautan, klik tempat anda mahu menampal pautan, kemudian pilih Edit > Tampal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda), atau tekan Command-V pada papan kekunci.
Klik Selesai.
Nota: Pautan mungkin kelihatan di bahagian isi mesej sebagai grafik digayakan dengan tajuk dokumen—pastikan tidak mengedit atau memadamnya.
Mana-mana peserta boleh menyalin pautan ke dokumen dan menampalnya di tempat lain—contohnya, untuk menyimpan pautan di tempat ia boleh diakses dengan mudah. Jika pemilik mengehadkan akses kepada orang yang mereka jemput, pautan hanya berfungsi untuk peserta yang dijemput.
Anda boleh tukar seting perkongsian untuk orang baharu selepas anda menghantar pautan.
Hantar pautan ke lebih ramai orang (Akaun Apple tidak diperlukan)
Jika akses dokumen anda disetkan kepada “Sesiapa sahaja dengan pautan”, anda boleh menjemput lebih ramai orang untuk bekerjasama pada dokumen dengan menghantarkan pautan yang tidak memerlukan Akaun Apple kepada mereka untuk melihat dokumen.
Nota: Jika akses dokumen disetkan kepada “Hanya orang dijemput”, ikuti arahan dalam tugas sebelumnya, Jemput lebih ramai orang untuk mendaftar masuk ke dokumen.
Pergi ke app Pages pada Mac anda.
Dengan dokumen terbuka, klik dalam bar alat.
Pilih kaedah untuk menghantar pautan:
Mail atau Mesej: Taipkan alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap penerima, tambahkan nota jika anda mahu, kemudian klik Hantar (untuk Mail) atau tekan Enter (untuk Mesej). Pautan kepada fail dihantar ke setiap penerima.
Nota: Untuk berkongsi pautan kepada fail dalam app Nota, pilih atau taipkan nama penerima, klik Kongsi Pautan, pilih nota di tempat anda mahu menyimpannya (atau cipta yang baharu), tambah teks jika anda mahu, kemudian klik Simpan.
Kongsi pautan dengan cara lain: Klik Salin Pautan, kemudian klik tempat anda mahu menampal pautan. Pilih Edit > Tampal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda) atau tekan Command-V pada papan kekunci.