Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
Gunakan perencanaan untuk memasukkan teks dalam Pages pada Mac
Pergi ke app Pages pada Mac anda.
Buka dokumen, letakkan titik sisipan di tempat yang anda ingin mula merencanakan, atau pilih teks yang anda mahu gantikan (untuk memilih teks ruang letak, kliknya).
Pilih Edit > Mulakan Perencanaan (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda).
Jika anda masih belum menggunakan perencanaan sebelum itu, ikuti arahan panduan persediaan yang kelihatan.
Apabila mikrofon kelihatan, mula bercakap.
Untuk menambah tanda baca, sebutkan namanya (contohnya, koma atau koma atas).
Klik Selesai di bawah mikrofon apabila anda selesai.
Petua: Apabila perencanaan disediakan, anda juga boleh menukar kekunci pintasan atau menukar bahasa. Untuk menukar seting perencanaan anda, pilih menu Apple > Seting Sistem > kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Seting perencanaan di sebelah kanan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang menggunakan perencanaan, klik desktop untuk bertukar kepada Finder, pilih Bantuan > Bantuan macOS (daripada menu Bantuan di bahagian atas skrin anda), kemudian cari “perencanaan”.