Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
Edit video dan audio dalam Pages pada Mac
Secara lalai, fail video atau audio dimainkan satu kali apabila anda klik butang Main . Anda boleh setkannya untuk berulang dalam gelung, melaraskan kelantangannya dan memangkasnya untuk memainkan hanya sebahagian daripada video atau audio. Untuk video, anda boleh menukar bingkai poster yang dipaparkan pada halaman untuk mewakili video.
Setkan gelung video atau audio
Klik untuk memilih video atau audio pada halaman.
Dalam bar sisi Format , klik tab Filem atau Audio.
Untuk mengesetkan media untuk berulang, klik menu timbul Ulang, kemudian pilih cara anda mahu ia dimainkan:
Mainkan dalam gelung berterusan: Pilih Gelung.
Mainkan ke depan dan kemudian ke belakang: Pilih Gelung Berulang-alik.
Nota: Audio dirakam tidak boleh gelung berulang-alik.
Pangkas video atau audio
Klik untuk memilih video atau audio pada halaman.
Dalam bar sisi Format , klik tab Filem atau Audio.
Klik anak panah pendedahan bersebelahan Edit Filem atau Edit Audio, kemudian seret gelangsar Pangkas.
Nota: Anda tidak boleh memangkas audio yang anda rakam dalam Pages pada iPhone atau iPad anda.
Tukar bingkai poster untuk video
Anda boleh memilih bingkai yang dipaparkan pada halaman untuk mewakili video.
Klik untuk memilih video pada halaman.
Dalam bar sisi Format , klik tab Filem.
Klik anak panah pendedahan bersebelahan Edit Filem, kemudian seret gelangsar Bingkai Poster.
Laraskan kelantangan main balik
Klik untuk memilih video atau audio pada halaman.
Dalam bar sisi Format , klik tab Filem atau Audio.
Seret gelangsar kelantangan.
Anda boleh mengesetkan Pages untuk mengoptimumkan format dan kualiti filem serta imej yang anda tambah ke dokumen.