Gunakan teks dwiarah dalam jadual dalam Numbers pada Mac
Numbers menyokong teks dwiarah dalam sel, maka dalam hamparan yang sama anda boleh mempunyai beberapa sel dengan teks ditulis dari kiri ke kanan (seperti bahasa Inggeris atau Cina) dan yang lain dengan teks ditulis dari kanan ke kiri (seperti dalam bahasa Arab atau Ibrani). Anda juga boleh membalikkan arah jadual itu sendiri, atau helaian dan semua yang ada padanya.
Nota: Untuk menukar arah teks sel,helaian atau seluruh jadual, peranti anda mesti disediakan untuk sumber input yang menggunakan arah teks berlainan—sebagai contoh, satu papan kekunci untuk menaip bahasa kanan ke kiri, seperti Ibrani dan satu lagi untuk menaip bahasa kiri ke kanan, seperti bahasa Inggeris. Jika Numbers terbuka apabila anda menambah papan kekunci kanan ke kiri, anda perlu memulakan semula Numbers sebelum anda nampak kawalan dwiarah. Lihat Sediakan papan kekunci atau sumber input lain untuk bahasa lain.
Arah lalai teks dalam sel ialah berdasarkan pada papan kekunci semasa (dipilih dalam menu Input).
Tukar arah teks dalam sel
Terbalikkan arah jadual atau helaian
Jika anda menterbalikkan arah jadual, baris pengepala beralih ke sebelah lain dan susunan lajur diterbalikkan. Jika anda menterbalikkan helaian, semua jadual pada helaian, serta kedudukan relatif semua objek pada helaian, diterbalikkan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar arah jadual: Klik jadual, dalam bar sisi Format , klik tab Jadual, kemudian klik butang Arah Jadual di bahagian bawah bar sisi.
Tukar arah helaian: Gerakkan penuding merentas tajuk helaian (secara lalai Helaian 1), klik anak panah ke bawah yang muncul, kemudian pilih Terbalikkan Arah Helaian.
Apabila anda menukar arah, penjajaran sel dipengaruhi seperti berikut:
Sel teks disetkan kepada jajar auto (seting lalai) menukar penjajaran teksnya.
Sel nombor yang disetkan kepada jajar auto (seting lalai) tidak menukar penjajaran nombornya. (Nombor sentiasa dijajarkan automatik kepada jajar kanan.)
Jika penjajaran sel ialah dijajarkan kanan, kiri atau tengah, ia mengekalkan penjajaran tersebut.
Jika penjajaran sel adalah diwajarkan, jurang untuk garis separa berubah daripada berada di kanan kepada berada di kiri.