Panduan Pengguna Numbers untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka atau tutup hamparan
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Touch Bar untuk Numbers
- Gunakan VoiceOver untuk mencipta hamparan
- Hak Cipta
Cari hamparan dalam Numbers pada Mac
Anda boleh mencari hamparan terbaru dibuka dalam Numbers, atau gunakan Spotlight untuk mencari hamparan mengikut tajuk atau kandungannya. Spotlight mencari Mac dan lampiran e-mel anda.
Cari hamparan
Lakukan salah satu daripada berikut:
Cari fail terbaru dibuka: Dalam Numbers, pilih Fail > Buka Terbaru Diguna (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda), kemudian pilih hamparan. Numbers menunjukkan sepuluh hamparan terakhir yang anda buka.
Cari fail mengikut tajuk atau kandungannya: Klik ikon Spotlight (ia kelihatan seperti kaca pembesar) dalam bar menu di penjuru kanan atas skrin anda, kemudian masukkan satu atau lebih perkataan daripada tajuk atau kandungan hamparan. Dalam hasil carian, klik hamparan untuk melihat pratontonnya, atau untuk melihat lokasinya pada komputer anda, tekan kekunci Command. Untuk membuka hamparan, dwiklik padanya.
Untuk melihat laluan ke tempat hamparan disimpan pada komputer anda, klik hamparan, kemudian tekan kekunci Command. Untuk membuka hamparan, dwiklik padanya.