Pengenalan kepada Numbers pada iPhone
Numbers memudahkan anda menghasilkan hamparan yang menarik. Anda bermula dengan templat, kemudian ubah suainya mengikut pilihan anda. Templat direka bentuk untuk tujuan tertentu—seperti belanjawan dan senarai semak—untuk memberikan anda titik mula yang hebat untuk kerja anda. Setiap templat disediakan dengan gaya yang sedia direka bentuk untuk teks, jadual, bentuk dan objek lain yang kelihatan cantik bersama, supaya mudah untuk memberikan hamparan anda rupa yang diselaraskan.
Selepas anda membuka templat, anda boleh menambah nombor, formula, tarikh dan teks anda sendiri ke sebarang jadual; menggantikan atau memadam carta dan grafik; dan menambah jadual, carta baru dan banyak lagi.
Apabila anda memilih objek (imej, bentuk, carta, jadual atau sel), kemudian ketik , anda akan melihat kawalan pemformatan untuk jenis objek yang anda pilih.
Anda boleh menukar rupa objek yang dipilih dengan cepat dengan mengetik gaya bagi menggunakannya. Anda juga boleh leret ke atas dari bawah kawalan pemformatan untuk melihat pilihan lanjut untuk mengubah suai objek.
Panduan ini membantu anda bermula menggunakan Numbers 10.3 pada iPhone anda. Untuk melihat versi Numbers pada iPhone anda, pergi ke Seting > Numbers.
Untuk bermula dengan Numbers, ketik salah satu pautan “Lihat juga” di bawah, atau ketik butang Senarai Kandungan berhampiran bahagian atas halaman ini untuk melihat semua topik dalam panduan pengguna ini. Anda juga boleh memuat turun panduan daripada Apple Books (jika tersedia).