Panduan Pengguna Numbers untuk iPad
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Sesuaikan bar alat
- Asas skrin sentuh
- Gunakan Apple Pencil dengan Numbers
- Hak Cipta
Salin dan tampal formula dalam Numbers pada iPad
Untuk menggunakan semula pengiraan yang sama pada berbilang lokasi dalam hamparan, anda boleh menyalin dan menampal fungsi dan formula daripada satu sel ke sel yang lain.
Salin dan tampal formula atau hasil formula daripada sel
Apabila papan kekunci ditutup, anda boleh salin formula, atau hasil sahaja, dari satu sel ke sel lain.
Ketik sel dengan formula yang anda mahu salin, ketiknya lagi, kemudian ketik Salin dalam menu konteks.
Ketik sel yang anda mahu tampalkan formula atau hasil, ketiknya lagi, kemudian ketik Tampal.
Untuk mengekalkan formula, ketik Tampal Formula, atau hanya tampal hasil, ketik Tampal Nilai.
Salin dan tampal sebahagian formula dalam sel
Dwiketik sel dengan formula yang anda mahu salin.
Ketik di sebelah kanan formula dalam editor formula di atas papan kekunci, kemudian ketik Pilih.
Seret pemegang pilihan berwarna biru untuk merangkumi hanya sebahagian formula yang mahu disalin, kemudian ketik Salin.
Ketik .
Ketik sel yang anda mahu tampal formula separa, kemudian ketik di atas papan kekunci di sebelah kanan.
Klik dalam editor formula di tempat yang anda mahu masukkan formula separa, ketik Tampal, keemudian ketik .