Bekerjasama pada hamparan dikongsi dalam Numbers pada iPad
Sama ada anda pemilik hamparan dikongsi atau dijemput untuk bekerjasama, selepas anda membuka hamparan, anda boleh melihat editan yang dilakukan orang lain pada masa nyata, sembunyi atau tunjukkan aktiviti pengeditan dan lagi.
Terima jemputan untuk bekerjasama
Apabila anda menerima pautan ke hamparan dikongsi, perkara yang berlaku apabila anda mengetik pautan bergantung kepada akses dan keizinan yang disetkan oleh pemilik, versi Numbers dan iPadOS yang dipasang pada peranti anda dan sama ada anda menggunakan iCloud Drive.
Sebelum anda bermula, pastikan anda memenuhi keperluan sistem minimum untuk bekerjasama.
Ketik pautan dalam mesej yang anda terima.
Jika diminta, daftar masuk dengan Apple ID anda atau ikuti sebarang arahan yang muncul.
Jika alamat e-mel atau nombor telefon yang digunakan untuk menjemput anda tidak dikaitkan dengan Apple ID anda, ikut arahan yang muncul untuk menambahkan e-mel atau nombor telefon tersebut ke Apple ID anda.
Nota: Jika anda tidak mahu mengaitkan alamat e-mel lain dengan Apple ID, anda boleh meminta pemilik hamparan dikongsi untuk menjemput anda lagi menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang telah dikaitkan dengan Apple ID anda.
Hamparan dibuka berdasarkan faktor yang berikut:
Pada Mac: Hamparan dibuka dalam Numbers untuk Mac jika anda mengklik pautan dalam app seperti Mail pada Mac, anda telah menyediakan dan mendaftar masuk ke iCloud Drive pada Mac anda dan anda mempunyai macOS 12 atau lebih baharu dan Numbers 12.2 atau lebih baharu pada komputer anda. Jika anda tidak memenuhi keperluan tersebut atau jika anda mengklik pautan pada halaman web, hamparan mungkin dibuka dalam Numbers untuk iCloud.
Di iCloud.com pada komputer Mac atau Windows: Jika anda daftar masuk ke iCloud.com dalam pelayar web, hamparan dibuka dalam Numbers untuk iCloud dan ditambah ke pengurus hamparan dan iCloud Drive.
Pada iPhone dengan iOS 15 atau lebih baharu: Jika Numbers 12.2 atau lebih baharu dipasang pada iPhone anda, hamparan dibuka dalam Numbers dan ditambah pada pengurus hamparan.
Pada iPad dengan iPadOS 15 atau lebih baharu: Jika Numbers 12.2 atau lebih baharu dipasang pada iPad anda, hamparan dibuka dalam Numbers dan ditambah pada pengurus hamparan. Jika anda tidak memasang Numbers pada iPad anda, hamparan akan dibuka dalam Numbers untuk iCloud.
Pada peranti Android, atau peranti tanpa iOS 15, iPadOS 15, atau lebih baharu dan Numbers 12.2 atau lebih baharu: Hamparan dibuka dalam pelayar di mana anda boleh melihatnya bukan mengeditnya.
Bekerjasama pada hamparan dikongsi
Buka hamparan dikongsi.
Ketik Terbaru di bahagian bawah pengurus hamparan untuk melihat semua hamparan dikongsi dan mencari dokumen yang anda mahu. Jika anda tidak menemui hamparan dikongsi, ketik pautan dalam jemputan yang anda terima dan jika diminta daftar masuk dengan Apple ID.
Jika anda tidak boleh membuka hamparan, lihat Terima jemputan untuk bekerjasama.
Edit hamparan.
Edit yang anda dan yang lain lakukan pada hamparan kelihatan dalam real time. Kursor serta pilihan teks dan objek kelihatan dalam warna berbeza untuk menandakan tempat orang lain sedang mengedit.
Jika terdapat konflik, dialog kelihatan dan anda boleh memilih versi yang anda mahu simpan. Jika anda menyimpan lebih daripada satu, yang terkini kekal dalam versi dikongsi.
Edit semasa di luar talian
Jika butang Bekerjasama bertukar menjadi awan dengan garis pepenjuru merentasinya, peranti anda di luar talian.
Anda boleh terus bekerja pada hamparan dan kali seterusnya anda dalam talian, perubahan dimuat naik ke iCloud secara automatik.
Selepas anda bersambung semula, anda boleh melihat aktiviti terkini dalam hamparan dikongsi.
Ini ialah beberapa perkara yang perlu diingati semasa mengedit hamparan dikongsi apabila anda di luar talian:
Untuk menghantar salinan hamparan dengan perubahan kepada seseorang sebelum perubahan anda dimuat naik, ketik , kemudian ketik Eksport untuk menghantar salinan. Kaedah ini memastikan perubahan anda disertakan. Secara kontras, jika anda menggunakan app Fail untuk melampirkan hamparan pada mesej e-mel, sebagai contoh, pengeditan yang anda lakukan semasa di luar talian tidak akan disertakan.
Jika anda tidak pasti sama ada perubahan anda telah diselaraskan, anda boleh menyemak status penyelarasan. Dalam pengurus hamparan, ketik butang Status Penyelarasan di penjuru kanan atas skrin (kelihatan seperti anak panah atas).
Jika peserta lain yang berada di dalam talian memadamkan objek atau helaian yang anda sedang edit, pegeditan yang anda buat pada objek tersebut tidak lagi berada dalam hamparan apabila anda kembali dalam talian.
Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Perihal bekerjasama untuk Pages, Numbers dan Keynote.
Keluar daripada hamparan dikongsi
Jika anda tidak lagi mahu mempunyai akses ke hamparan yang dikongsi dengan anda, anda boleh keluarkan diri anda daripada senarai peserta.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika hamparan terbuka: Ketik dalam bar alat, kemudian ketik Urus Hamparan Dikongsi.
Jika hamparan tertutup: Dalam pengurus hamparan atau app Fail, buka folder Numbers dalam iCloud Drive, ketik Pilih di penjuru kanan atas, ketik hamparan (tanda semak kelihatan), ketik Kongsi di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tunjukkan Orang.
Dalam senarai peserta, ketik nama anda, kemudian ketik Keluarkan Saya.
Mengeluarkan nama anda daripada senarai peserta mengeluarkan hamparan tersebut daripada iCloud Drive anda. Jika anda ingin mengakses hamparan tersebut lagi kemudian, anda boleh gunakan pautan asal untuk membukanya.
Nota: Tidak semua ciri Numbers tersedia untuk hamparan yang dikongsikan dengan orang lain. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal kerjasama untuk Pages, Numbers dan Keynote.