
Perihal mengeset kata laluan
Mengunci nota anda menjadikannya peribadi daripada orang lain yang mungkin menggunakan Mac, iPhone, iPad, atau iPod touch. Nota menggunakan kata laluan untuk mengunci nota yang anda pilih—nota dalam akaun iCloud dan nota disimpan pada peranti anda. Jika anda boleh mengakses nota anda daripada peranti yang menyokong Touch ID atau Face ID, anda boleh menggunakan mana-mana kaedah untuk membuka nota peribadi anda. Anda juga mungkin dapat menggunakan Luluskan dengan Apple Watch.
Perkara penting untuk dipertimbangkan semasa mengesetkan kata laluan:
Jika anda mendayakan Touch ID atau Face ID untuk peranti anda dan Nota, sesiapa dengan kod laluan peranti anda mungkin dapat mengakses nota dikunci anda.
Jika anda terlupa kata laluan anda, satu-satunya cara untuk melihat nota dikunci adalah dengan menggunakan Touch ID, Face ID, atau Apple Watch anda (jika anda mempunyai peranti yang menyokong satu daripada ciri tersebut dan anda mendayakannya sebelum anda terlupa kata laluan anda). Untuk sebab itu, anda amat disyorkan untuk menambah pembayang apabila anda mencipta kata laluan anda. Nota menunjukkan pembayang selepas dua percubaan gagal. Sebagai tambahan, anda perlu memasukkan semula kata laluan jika anda mengemas kini seting Touch ID atau Face ID.
Untuk menukar kata laluan, anda perlu tahu kata laluan semasa.
Apabila anda cipta kata laluan untuk nota pada satu peranti, semua peranti yang menggunakan akaun iCloud yang sama juga menggunakan kata laluan itu.
Nota dikunci hanya kelihatan pada peranti dengan OS X 10.11.4 atau lebih baru, iOS 9.3 atau lebih baru atau iPadOS 13 atau lebih baru; pada peranti dengan OS lebih awal anda tidak akan dapat melihat nota itu langsung.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lihat Kunci nota anda.