Cari nota anda pada Mac
Anda boleh mencari nota yang anda mahukan dengan mudah—cari teks khusus, emoji, lampiran tertentu, atau gunakan cadangan carian. Hasil Teratas disenaraikan dahulu dalam hasil dan menggambarkan nota dengan padanan terbaik (mungkin dalam tajuk), nota yang anda kemas kini baru-baru ini dan faktor lain.
Anda boleh mencari teks tertentu atau imej dalam nota anda, nota dalam akaun tertentu atau dalam nota tunggal. Carian anda mencari kandungan yang sepadan dalam:
Isi setiap nota
Nama fail lampiran dalam nota anda
Fail PDF yang anda lampirkan ke nota anda
Lukisan yang anda cipta pada iPhone, iPad, atau iPod touch dan dilampirkan ke nota anda
Teks tulisan tangan dalam sebarang nota
Perkara dalam imej yang anda cari (contohnya, “basikal”)
Teks dalam dokumen diimbas di dalam salah satu nota anda
Masukkan nama imej atau perkara yang terkandung dalam imej (seperti kereta atau kucing) dan carian anda akan mencari lampiran yang sepadan dengan imej itu.
Tambahan lagi, anda boleh menggunakan salah satu cadangan carian seperti Nota Dikongsi atau Nota dengan Lampiran untuk memperincikan lagi hasil.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti:
“Tunjukkan saya nota dari hari ini”
“Tunjukkan saya nota tentang rancangan percutian”
Cari semua nota
Dalam app Nota pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Cari dalam akaun tertentu: Klik folder dalam akaun yang anda mahu cari, klik kanta pembesar untuk menunjukkan medan carian, klik anak panah (di sebelah kanta pembesar), kemudian pilih Akaun Semasa.
Cari dalam semua akaun: Klik folder dalam akaun yang anda mahu cari, klik kanta pembesar untuk menunjukkan medan carian, klik anak panah (di sebelah kanta pembesar), kemudian pilih Semua Akaun.
Nota: Langkah ini hanya perlu jika anda mempunyai berbilang akaun (seperti akaun iCloud dan Pada Mac Saya).
Apabila Nota melakukan carian, ia mencari dalam folder Terbaru Dipadam untuk akaun tertentu atau Semua Akaun (yang berkenaan).
Jika anda mahu memulakan carian anda dengan hanya sebahagian daripada nota anda, klik kanta pembesar untuk menunjukkan medan carian dan pilih salah satu daripada Cadangan Carian.
Untuk memperincikan lagi carian anda, masukkan teks dalam medan carian, kemudian tekan Return.
Taip apa yang anda sedang cari dengan cara yang sama anda menyebutnya (ini dipanggil carian bahasa semulajadi).
Berikut adalah beberapa contoh frasa carian bahasa semulajadi:
“nota yang dicipta minggu lepas”
“diubah suai hari ini”
“Jun dari tahun lepas”
“dengan dokumen tentang model semula”
Nota yang sepadan dengan carian anda disenaraikan bersama folder yang mengandungi setiap nota. Jika anda mengunci nota, hanya tajuknya yang dicari, walaupun nota yang dikunci dibuka kunci.
Jika anda mahu mencari teks dalam nota tertentu, klik isi nota untuk menambah titik sisipan, kemudian pilih Edit > Cari > Cari (atau tekan Command-F). Masukkan teks dalam medan carian yang muncul.
Cari dalam nota semasa
Dalam app Nota pada Mac anda, klik nota dalam senarai nota atau dwiklik nota dalam paparan galeri.
Klik isi nota untuk menambah titik sisipan, kemudian pilih Edit > Cari > Cari (atau tekan Command-F).
Masukkan teks dalam medan carian yang muncul.
Jika anda menggunakan nota iCloud dinaik taraf atau nota disimpan pada Mac anda, anda juga boleh melayari lampiran anda dengan memilih Paparan > Tunjukkan Pelayar Lampiran. Lihat Lampirkan foto, fail dan banyak lagi.
Apabila anda mencari menggunakan Spotlight, nota disertakan dalam hasil.