Tukar keutamaan dalam Nota pada Mac
Dalam app Nota pada Mac anda, gunakan keutamaan Nota untuk mengesetkan pilihan lalai untuk menggunakan Nota dan untuk mengesetkan, tukar, atau reset kata laluan untuk nota dikunci.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Nota > Keutamaan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Isih nota mengikut | Pilih susunan isih lalai untuk nota anda. Penting: Nota dipinkan sentiasa muncul di atas senarai nota. Lihat Isih dan pinkan nota. | ||||||||||
Nota baru bermula dengan | Pilih gaya perenggan lalai untuk digunakan pada permulaan nota baru. Lihat Tulis dan formatkan nota. | ||||||||||
Akaun lalai | Pilih akaun yang digunakan apabila anda meminta Siri untuk mencipta nota baru. Biasanya, ini adalah akaun iCloud anda. Lihat Tambah atau keluarkan akaun dalam Nota. | ||||||||||
Isih item disemak secara automatik | Pilih untuk mengalihkan item senarai semak ke bahagian bawah senarai apabila ia ditandakan secara automatik (dan seterusnya mengalihkan item dinyahtanda ke bahagian atas senarai). Lihat Tambah atau tukar senarai semak. | ||||||||||
Dayakan akaun Pada Mac Saya | Pilih untuk menyimpan nota pada komputer anda menggunakan akaun Pada Mac Saya. | ||||||||||
Saiz teks lalai | Gunakan gelangsar untuk setkan saiz teks pilihan dalam nota. | ||||||||||
Gunakan latar belakang gelap untuk kandungan nota | Pilih untuk mengekalkan latar belakang nota gelap apabila anda menggunakan Mod Gelap. (Muncul hanya apabila anda memilih penampilan gelap dalam anak tetingkap Umum pada Keutamaan Sistem.) Lihat Gunakan penampilan cerah atau gelap pada Mac anda. | ||||||||||
Nota dikunci | Pilih akaun (jika anda mempunyai lebih daripada satu), kemudian klik Setkan Kata Laluan untuk mencipta kata laluan bagi mengunci atau membuka kunci sebarang nota. Jika anda telah mengesetkan kata laluan, klik Tukar Kata Laluan atau Reset Kata Laluan. Lihat Kunci nota anda. Penting: Ia sangat dicadangkan untuk anda menambah pembayang. Jika anda terlupa kata laluan anda dan anda tidak boleh membuka kunci nota anda dengan Touch ID pada Magic Keyboard anda atau dengan Apple Watch, anda tidak akan dapat melihat nota dikunci anda. Apple tidak boleh membantu anda mendapatkan semula akses kepada nota dikunci tersebut. Anda boleh mencipta kata laluan baru yang membolehkan anda melindungi dengan kata laluan sebarang nota yang anda mahu kunci pada masa depan. Lihat artikel Sokongan Apple Kunci nota pada iPhone, iPad, iPod touch dan Mac anda. | ||||||||||
Gunakan Touch ID | Jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID, pilih akaun (jika anda mempunyai lebih daripada satu), kemudian pilih pilihan ini untuk menggunakan cap jari anda bagi membuka kunci nota anda. |