Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
![](https://help.apple.com/assets/62266682DA672F7D3957F27E/6226668DDA672F7D3957F286/ms_MY/ae8d596d44d76eddfb1ea9eb4772e949.png)
Lihat lokasi rakan dalam Mesej pada Mac
Anda boleh berkongsi lokasi anda dalam app Mesej dan Cari pada peranti Mac, iOS dan iPadOS. Apabila rakan berkongsi lokasi mereka, anda boleh melihatnya pada peta dalam Mesej.
Nota: Anda dan rakan anda perlu didaftar masuk ke iCloud untuk berkongsi lokasi.
![Paparan butiran dengan peta ditunjukkan di bahagian bawah. Anda boleh melihat ikon rakan yang berkongsi lokasinya dengan anda.](https://help.apple.com/assets/62266682DA672F7D3957F27E/6226668DDA672F7D3957F286/ms_MY/d8127af8f8ff3143cfb6ee5da0c8dcd2.png)
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih perbualan.
Klik butang Butiran
di penjuru kanan atas perbualan.
Peta muncul apabila rakan berkongsi lokasi mereka; anda mungkin perlu skrol untuk melihatnya.
Klik pin pada peta untuk membuka app Peta dan menyemak keadaan trafik, maklumat transit dan butiran lain.