Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Lihat lokasi seseorang dalam Mesej pada Mac
Anda boleh berkongsi lokasi anda dalam app Mesej dan Cari pada Mac, peranti iOS, atau peranti iPadOS. Apabila seseorang berkongsi lokasi mereka, anda boleh melihatnya pada peta dalam Mesej.
Nota: Anda dan orang lain perlu mendaftar masuk ke iCloud dengan Apple ID anda untuk berkongsi lokasi.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan.
Klik butang Butiran di penjuru kanan atas perbualan.
Peta kelihatan apabila orang berkongsi lokasi mereka; anda mungkin perlu skrol untuk melihatnya.
Klik pin pada peta untuk membuka app Peta dan menyemak keadaan trafik, maklumat transit dan butiran lain.