Sediakan iPhone untuk mendapatkan mesej SMS pada Mac
Anda boleh menyediakan iPhone anda supaya anda boleh menerima dan menghantar mesej SMS (mesej teks ringkas) dan mesej MMS (mesej teks dengan grafik, audio, video dan media lain) pada Mac anda. Selepas anda menyediakan iPhone anda, apabila anda menerima mesej SMS, ia kelihatan pada kedua-dua iPhone dan Mac anda. Apabila anda menghantar mesej kepada seseorang yang menggunakan telefon selain daripada iPhone, mesej anda dihantar sebagai mesej SMS.
Penting: Untuk menerima dan menghantar mesej SMS dan MMS pada Mac anda, iPhone anda mesti mempunyai iOS 8.1 atau lebih baharu dan iPhone serta Mac anda mesti mendaftar masuk ke iMessage menggunakan Apple ID yang sama. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk menyambungkan Mac, iPhone, iPad dan Apple Watch anda.
Pada iPhone anda, pergi ke Seting > Mesej.
Ketik Pemajuan Mesej Teks.
Nota: Jika anda tidak melihat Pemajuan Mesej Teks, pastikan anda didaftar masuk ke iMessage menggunakan Apple ID yang sama pada kedua-dua iPhone dan Mac anda.
Aktifkan Mac anda dalam senarai peranti.
Jika anda tidak menggunakan pengesahan dua faktor, kod pengaktifan enam digit muncul pada Mac anda; masukkan kod ini pada iPhone anda, kemudian ketik Benarkan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat bab Mesej dalam panduan pengguna iPhone, iPad, atau iPod touch. Untuk peranti yang tidak menggunakan versi iOS atau iPadOS terkini, dapatkan panduan pengguna daripada Tapak web Manual Sokongan Apple.