Nyahhantar atau edit mesej pada Mac
Anda boleh nyahhantar atau edit mesej terbaru, yang memberikan anda peluang untuk membetulkan tipo atau menarik balik mesej yang anda hantar ke orang yang salah secara tidak sengaja. Penerima anda melihat yang anda nyahhantar mesej dan sejarah pengeditan anda.
Nota: Untuk nyahhantar atau edit mesej, anda mesti menggunakan iMessage dengan macOS Ventura atau lebih baharu, iOS 16 atau lebih baharu, atau iPadOS 16.1 atau lebih baharu. Jika penerima anda mempunyai peranti dengan versi lebih awal, mereka menerima mesej susulan dengan prakata “Diedit kepada” dan mesej baharu anda dalam tanda petikan. Mesej teks SMS atau MMS tidak boleh dinyahhantar atau diedit.
Buat asal hantar mesej
Anda boleh nyahhantar mesej yang terbaru dihantar untuk sehingga dua minit selepas menghantarnya.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan.
Control-klik mesej atau lampiran, kemudian pilih Buat Asal Hantar.
Nota yang mengesahkan anda nyahhantar mesej kelihatan dalam kedua-dua transkrip perbualan: anda dan penerima anda.
Jika orang yang anda mesej menggunakan macOS Ventura atau lebih baharu, iOS 16 atau lebih baharu, atau iPadOS 16.1 atau lebih baharu, nyahhantar mengeluarkan mesej daripada peranti mereka. Jika orang yang anda mesej menggunakan peranti dengan macOS 12 atau lebih awal, iOS 15.6 atau lebih awal, iPadOS 15.6 atau lebih awal, atau menggunakan SMS, mesej asal kekal dalam perbualan. Apabila anda nyahhantar mesej, anda dimaklumkan bahawa penerima mungkin masih melihat mesej asal dalam transkrip perbualan.
Edit mesej yang dihantar
Anda boleh mengedit mesej yang terbaru dihantar sehingga lima kali dalam 15 minit selepas menghantarnya.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan dengan mesej yang anda mahu edit.
Control-klik mesej, kemudian pilih Edit (atau tekan Command-E).
Buat sebarang perubahan, kemudian tekan Return.
Mesej ditandakan sebagai Diedit dalam transkrip.
Jika orang yang anda mesej menggunakan peranti dengan macOS Ventura atau lebih baharu, iOS 16 atau lebih baharu, atau iPadOS 16.1 atau lebih baharu, mesej dikemas kini untuk menunjukkan pengeditan anda pada peranti mereka dan anda serta mereka boleh mengetik Diedit untuk melihat versi mesej anda yang sebelumnya.
Jika anda mengedit mesej kepada seseorang yang menggunakan versi lebih awal macOS, iOS, atau iPadOS, atau menggunakan SMS, mereka menerima mesej baharu dengan teks dikemas kini anda dan bukannya mesej diedit.