iMessage

Perkhidmatan pemesejan selamat yang anda boleh gunakan untuk menghantar dan menerima mesej pada Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch anda.

Jika seseorang menghantar mesej ke alamat e-mel atau telefon anda menggunakan iMessage, anda menerima mesej itu pada semua peranti Apple anda yang disediakan untuk menerima mesej yang dihantar ke alamat e-mel atau nombor telefon itu. Apabila anda melihat perbualan iMessage, anda melihat semua mesej yang dihantar daripada sebarang peranti, jadi anda boleh kekal berhubung dengan seseorang di mana-mana sahaja anda berada. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk menyambungkan Mac, iPhone, iPad dan Apple Watch anda.

Anda memerlukan Apple ID untuk menggunakan iMessage. Jika anda membuat pembelian daripada iTunes Store atau App Store atau anda telah daftar masuk ke iCloud, anda mempunyai Apple ID.