Uruskan perbualan kumpulan dalam Mesej pada Mac
Selepas anda menghantar mesej ke kumpulan orang, namakan semula kumpulan, tambah atau keluarkan orang daripada perbualan, atau tinggalkan kumpulan.
Tambah nama dan foto kumpulan
Anda boleh menghantar mesej kepada sekumpulan orang, kemudian namakan perbualan kumpulan anda supaya ia lebih mudah untuk menjejak dan mencarinya.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan kumpulan.
Untuk mencari kenalan dan kandungan dalam perbualan, klik dalam medan Carian di penjuru kiri atas dan masukkan perkara yang anda cari. Atau, pilih daripada kenalan yang dicadangkan, pautan, foto dan banyak lagi.
Klik butang Butiran , klik “Tukar Nama Dan Foto Kumpulan”, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Nama Kumpulan: Masukkan nama kumpulan seperti yang anda mahu ia dipaparkan.
Foto: Pilih apa-apa daripada monogram berwarna-warni, foto standard, atau Memoji diperibadikan.
Klik Selesai.
Tambah orang ke perbualan kumpulan
Anda boleh menambah orang pada perbualan kumpulan, walaupun selepas perbualan telah bermula.
Nota: Anda hanya boleh menambah orang pada perbualan kumpulan; anda tidak boleh menambah orang lain pada perbualan dengan satu orang.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan kumpulan.
Untuk mencari kenalan dan kandungan dalam perbualan, klik dalam medan Carian di penjuru kiri atas dan masukkan perkara yang anda cari. Atau, pilih daripada kenalan yang dicadangkan, pautan, foto dan banyak lagi.
Klik butang Butiran , kemudian klik Tambah Ahli.
Masukkan maklumat kenalan untuk orang yang anda mahu tambah.
Anda tidak boleh menambah seseorang yang dihadkan oleh had komunikasi dalam Masa Skrin.
Keluarkan orang daripada perbualan kumpulan
Anda hanya boleh mengeluarkan orang dari perbualan kumpulan jika terdapat sekurang-kurangnya tiga peserta lain, tidak termasuk anda.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan kumpulan.
Untuk mencari kenalan dan kandungan dalam perbualan, klik dalam medan Carian di penjuru kiri atas dan masukkan perkara yang anda cari. Atau, pilih daripada kenalan yang dicadangkan, pautan, foto dan banyak lagi.
Klik butang Butiran , Control-klik peserta yang anda mahu keluarkan, kemudian pilih Keluarkan Daripada Perbualan. Atau, jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, anda juga boleh meleret ke kiri dengan dua jari pada peserta, kemudian klik Keluarkan.
Tinggalkan perbualan kumpulan
Apabila anda selesai berbual dengan kumpulan, anda boleh meninggalkan perbualan kumpulan.
Untuk meninggalkan perbualan kumpulan, mesti terdapat sekurang-kurangnya tiga peserta lain.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan kumpulan.
Untuk mencari kenalan dan kandungan dalam perbualan, klik dalam medan Carian di penjuru kiri atas dan masukkan perkara yang anda cari. Atau, pilih daripada kenalan yang dicadangkan, pautan, foto dan banyak lagi.
Klik butang Butiran , skrol ke bahagian bawah, kemudian klik Tinggalkan Perbualan ini.
Jika anda mahu kekal dalam perbualan kumpulan tetapi berhenti menerima mesej pemberitahuan, pilih kotak semak Sembunyikan Isyarat.