
Tukar seting Dikongsi dengan Anda dalam Mesej pada Mac
Dalam app Mesej
pada Mac anda, gunakan seting Dikongsi dengan Anda untuk memilih app yang anda mahu lihat kandungannya yang telah dikongsi dengan anda. Apabila seseorang berkongsi kandungan dengan anda dalam Mesej seperti pautan ke berita atau rancangan TV, anda boleh mencari kandungan tersebut dalam bahagian Dikongsi dengan Anda dalam app yang sepadan. Apabila Dikongsi dengan Anda aktif untuk Foto, imej yang dihantar oleh rakan juga kelihatan dalam pustaka foto anda.
Dikongsi dengan Anda tersedia dalam app berikut: app Apple TV, Buku, Finder, Freeform, News, Nota, Foto, Podcast, Peringatan, Safari, app iWork dan sesetengah app pihak ketiga. Untuk berhenti mendapat kandungan yang anda terima dalam Mesej dalam bahagian Dikongsi dengan Anda daripada app lain, klik Tak Aktif atau nyahpilih app individu dalam senarai.
Nota: Kandungan hanya kelihatan dalam Dikongsi dengan Anda jika orang yang menghantarnya dalam kenalan anda.
Untuk menukar seting ini, pilih Mesej > Seting, kemudian klik Dikongsi dengan Anda.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Perkongsian Automatik | Aktifkan atau nyahaktifkan Dikongsi dengan Anda:
| ||||||||||
Kotak semak app | Benarkan kandungan yang dikongsi dengan anda untuk kelihatan dalam setiap app. | ||||||||||
Petua: Untuk memilih dengan lebih tepat kandungan yang ditambah ke bahagian Dikongsi dengan Anda untuk app yang sepadan atau tidak, klik ikon kenalan atau kumpulan di bahagian atas perbualan Mesej, kemudian pilih Tunjukkan dalam Dikongsi dengan Anda (atau nyahpilih untuk mengeluarkan kandungan dikongsi daripada bahagian Dikongsi dengan Anda).
Anda juga boleh mencari kandungan yang Dikongsi dengan Anda apabila anda mencari dengan Spotlight—ia dalam bahagian Pautan Dikongsi. Lihat Cari dengan Spotlight.