Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar atau nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Peta pada Mac
Pada Mac anda, kawal jenis pemberitahuan yang anda terima daripada Peta atau terus nyahaktifkannya.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Peta dalam senarai di sebelah kanan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Tukar pemberitahuan: Setkan pilihan, seperti gaya pemberitahuan untuk menerima atau tempat untuk menunjukkan pemberitahuan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan, klik di bahagian kanan bawah.
Nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Peta: Nyahaktifkan “Benarkan pemberitahuan”.
Nota: Untuk memaparkan pemberitahuan daripada Peta apabila Fokus aktif, anda mesti membenarkan pemberitahuan kelihatan. Lihat Sediakan Fokus.
Lihat jugaTukar seting Umum dalam Peta pada Mac