Gunakan Balik ke Mac Saya
Jika anda menyediakan dan menggunakan iCloud, anda boleh menggunakan Balik ke Mac Saya untuk bersambung ke komputer Mac anda yang lain menerusi Internet. Anda boleh menggunakan Perkongsian Skrin untuk mengawal komputer jauh dari dimana sahaja anda bersambung ke Internet. Anda juga boleh berkongsi fail antara komputer, termasuk fail yang tidak disimpan dalam iCloud Drive (seperti fail dalam folder Muat Turun, Filem dan Gambar). Setelah anda menyediakan Balik ke Mac Saya pada setiap komputer, anda boleh bersambung daripada satu Mac ke Mac yang lain.
Persediaan Balik ke Mac Saya
Lakukan yang berikut untuk setiap komputer yang anda mahu gunakan dengan Balik ke Mac Saya.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Pilih Balik ke Mac Saya.
Jika anda tidak mendaftar masuk ke iCloud, anda mesti menyediakan iCloud sebelum anda boleh pilih Balik ke Mac Saya.
Ikut sebarang arahan yang anda lihat untuk mengaktifkan perkhidmatan perkongsian, pilih “Bangun untuk akses rangkaian,” atau membuat sebarang perubahan lain yang diperlukan untuk Balik ke Mac Saya.
Sambung ke komputer anda
Dalam bar sisi Finder, cari dalam bahagian Dikongsi untuk Mac yang anda mahu sambungkan.
Jika tiada apa yang disenaraikan dalam bahagian Dikongsi, tahan penuding di sebelah kanan Dikongsi, kemudian klik Tunjukkan.
Jika anda tidak melihat pengepala Dikongsi dalam bar sisi, pilih Finder > Keutamaan, klik Bar Sisi, kemudian pilih Balik Ke Mac Saya dalam bahagian Dikongsi.
Klik komputer yang anda mahu gunakan, kemudian klik Sambung Sebagai atau Kongsi Skrin.
Untuk menggunakan Balik ke Mac Saya, anda mesti mempunyai Stesen Pangkalan AirPort atau AirPort Time Capsule disediakan untuk NAT-PMP (Protokol Pemetaan Port NAT) atau penghala disediakan untuk UPnP (Palam dan Main Sejagat). Untuk maklumat lanjut, lihat Jika Kembali ke Mac Saya tidak berfungsi.