Jika app bukan daripada Mac App Store
Jika anda menerima dialog yang menyatakan “App ini bukan daripada Mac App Store,” app yang anda cuba buka bukan dimuat turun dari Mac App Store dan belum disemak. Ini tidak semestinya bermaksud bahawa terdapat sesuatu yang tidak betul dengan app itu.
Anda boleh pilih untuk ganti seting keselamatan anda dan buka app juga.
Dalam Finder pada Mac anda, cari app yang anda mahu buka.
Kebanyakan app boleh dijumpai dalam folder Aplikasi.
Control-klik ikon app, kemudian pilih Buka daripada menu pintasan.
Klik Buka.
App disimpan sebagai pengecualian kepada seting keselamatan anda dan anda boleh membukanya pada masa akan datang dengan dwikliknya, seperti sebarang app lain yang didaftarkan.
Anda boleh mengubah kriteria untuk membuka app dalam keutamaan Keselamatan & Privasi.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Umum.
Buka anak tetingkap Umum untuk saya
Untuk maklumat selanjutnya mengenai melindungi Mac anda daripada perisian berbahaya, lihat Melindungi Mac anda daripada perisian hasad.